Saturday, July 14, 2012

Sesi Kelayakan MOTOGP Litar Mugello


 Dani-Pedrosa-Repsol-Honda-Team-Mugello-QP-538373

MOTOGP: Zulfahmi telah berjaya meneruskan rentak konsistennya dengan menduduki petak ketujuh dalam aksi kelayakan MOTO3.Dengan catatan masa iaitu 1'59.391 di belakang Niccolo Antoneli 1'59.361 yang mencatatkan masa keenam terpantas. Pole position milik pelumba sepanyol Maverick Vinales yang mencatatkan masa terpantas di Litar Mugello 1'57.980. 
Beralih ke MOTO2 pula Pol Espargaro berjaya mengetepikan cabaran Marc Marquez untuk menyambar petak uatama dengan catatan masa 1'52.369 meninggalkan Marc Marquez dengan jarak 0.069 sahaja. 

Bagi kategori MOTOGP pula Dani Pedrosa berjaya merampas petak utama daripada Jorge Lorenzo dan Hector Barbera dengan mencatatkan masa 1'47.284 meninggalkan Jorge Lorenzo dengan 1'47.423 dan Hector 1'47.545. Juara Bertahan Casey Stoner hanya mampu mencatatkan masa kelima terpantas sahaja.

source:http://www.motogp.com/

No comments:

Post a Comment