Tuesday, July 10, 2012

Ceritera Pak Pandir - Part 1



Pak Pandir dan Mak Andeh telah melangsungkan perkahwinannya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, Lebai Malang, bapa mertua si Pak Pandir, mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Pak Pandir dan Mak Andeh pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi  kerana terlewat bangun, almaklumlah malam pertamakan (heheh...), Si Pak Pandir tak sempat bersolat jemaah dengan Lebai Malang. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Mak Andeh. Dia dok asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.

Maka, Lebai Malang pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Pak Pandir pun kelam -kelibut dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam.

Lebai Malang pun menegur menantunya si Pak Pandir tadi, "Hai Dir (nama manja la katakan...) kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Pak Pandir Jawab "eh.. yer ker? tiga rakaat ker? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi."

Mengucap panjang si Lebai Malang "Malang sungguh nasib aku dapat menantu macam ni!!! aduhh.."

No comments:

Post a Comment