Tuesday, July 3, 2012

Rangkuman Sukan

EURO2012: Sepanyol menepati ramalan sebagai kuasa besar bola sepak Eropah dan dunia apabila membelasah Itali dengan 4 - 0 dalam perlawanan akhir EURO2012. Gol-gol Sepanyol dijaringkan oleh Silva, Jordi Alba , Torres dan Juan Mata. Mencipta sejarah EURO dengan mempertahankan gelaran buat pertama kali. MOTOGP12: Casey Stoner mengambil peluang memintas Pedrosa untuk berkongsi mata sebagai pendahulu kejuaraan Motogp dengan Jorge Lorenzo (selepas Lorenzo terjatuh disodok oleh Butista pada permulaan selekoh) akibatnya Bautista akan bermula di petak terakhir di perlumbaan seterusnya. Lorenzo dan Stoner kini diikuti rapat oleh Pedrosa yang kurang 19 mata dengan Dovizioso di tempat keempat dan Crutchlow di tangga kelima keseluruhan. ISTAF SUPER SERIES12: Regu Thailand masih lagi mengungguli kejohanan super series ini dengan menewaskan Regu Malaysia 3 - 0 di perlawanan akhir. Sekalipun Regu Malaysia cuba memberi tentangan hebat, namun berjaya dipatahkan dengan hebat sekali oleh Regu Thailand. SBK12: Race 1 dimenangi oleh Max Biaggi dengan begitu bergaya sekali namun kecemerlangan itu tidak dapat diteruskan dalam Race 2 apabila dia mendapat tempat ke-4 yang mana juara Race 2 dimenangi oleh Marco Melandri. Ini merupakan kemengan ke-4 buat Max Biaggi dan ke-3 buat Melandri musim ini. Pungutan mata top 3 adalah seperti berikut Biaggi 248.5, Melandri 200.5 dan Rea 183.

No comments:

Post a Comment