Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) telah diasaskan pada tahun 1946.
Pada
tahun 1986, Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Haji Ahmad
Rastom Haji Ahmad Maher menerajui kepimpinan bola sepak Kelantan
sehingga tahun 1990.
Pada
tahun 1991, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haji Wan Hashim Wan Daud
mengambil alih kepimpinan yang ditinggalkan oleh Datuk Haji Ahmad Rastom
Haji Ahmad Maher setelah tampuk kepimpinan kerajaan negeri bertukar
tangan.
Pada
tahun 2004, jawatan presiden bertukar tangan setelah Haji Ahmad Jazlan
Yaakub diberi laluan untuk menerajui KAFA. Sejarah tertulis dalam buku
bola sepak Kelantan dimana pada tahun 2005, kita merupakan satu-satunya
negeri yang bermain dalam Liga FAM setelah berada ditangga tercorot
dalam Liga Perdana tahun sebelum itu.
Tahun
2007 menyaksikan perubahan dalam lanskap kepimpinan KAFA yang baru
apabila Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa diberi
kepercayaan menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan bagi penggal
2007/2010.
Tahun
pertama Tan Sri bersama Kelantan FA sudah menampakkan peningkatan
apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Liga Perdana musim 2007/08.
Malahan dalam saingan Piala Malaysia pula, walaupun kita gagal
melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia, tetapi kejutan yang
dilakukan diperingkat kumpulan sedikit sebanyak menyaksikan kebangkitan
Kelantan tidak harus dipandang rendah.
Pada
2009 Kelantan mampu berbangga kerana berjaya melangkah ke dua final
iaitu Final Piala FA dan Final Piala Malaysia. Namun kedua-dua
perlawanan menyaksikan hanya bergelar Naib Juara sahaja.
Pada
2010 Kelantan akhirnya mencipta sejarahnya tersendiri kerana berjaya
mencapai status Naib Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia.
Pencapaian Kelantan terus gemilang pada 28 Januari 2011, Kelantan sekali
mencipta sejarah buat kali pertama merangkul Piala Sultan Hj Ahmad Shah
dengan menewaskan Selangor selaku Juara Bertahan.
source: http://theredwarriors.com/
No comments:
Post a Comment