Monday, July 16, 2012

Harapan besar di atas bahu Rozaimi

Sabah mengharapkan kehebatan penyerang muda meningkat naik mereka , Rozaimi atau 'Neymar Malaysia' untuk membantu Sabah kekal dalam Liga Super. Perlawanan play-off akan bermula hari ini di Melaka berlangsung di Stadium Hang Tuah dan Stadium Hang Jebat. 

Sabah yang menghuni tangga ke-13 Liga Super perlu mengatasi Kedah untuk mengisi slot Final yang akan menemukan samada Sarawak atau Pahang. Hanya satu slot diperuntukkan utk Liga Super 2013. Tiga pasukan yang tewas akan turun ke Liga Perdana 2013. 

Jurulatih terbaru Sabah, David McCreery mengharapkan kemenangan selepas perlawanan terakhir berkesudahan dengan kemenangan  3 -1 keatas Negeri Sembilan.

sumber:http://www.nst.com.my/sports/soccer/crucial-role-for-rozaimi-1.108722

No comments:

Post a Comment