Tuesday, July 10, 2012

Maskot Sukma Pahang 2012

Salam Malaysia...
Sukma Pahang telah beberapa hari berlangsung. Sebelum sukan dwitahunan itu melabuhkan tirai mari kita kenal 4 maskot Sukma Pahang iaitu dari binatang Gajah. 4 maskot tersebut diberi nama Tahan ,Puteh, Teku dan Rajah.
TAHAN
Nama Tahan melambangkan kemegahan dan kekuatan kepada Negeri Pahang yang mana ia merupakan gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia (dengan ketinggian 2187 meter) dan terletak di Negeri Pahang.
Gunung Tahan adalah Mahkota kepada Banjaran Titiwangsa iaitu banjaran terbesar di Semenanjung Malaysia yang juga merupakan tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia.
IBU (PUTEH)
Nama Puteh sesuai diberikan kepada nama (ibu) iaitu berada di ketinggian 112 meter daripada aras laut. Sumber air juga boleh didapati di kawasan ini.
ANAK LELAKI (RAJAH)
Nama Rajah merujuk kepada gunung yang terletak di Taman Negara Pahang dalam jajaran Gunung Tahan yang mempunyai ketinggian 576 meter (1,890 kaki). Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
ANAK PEREMPUAN (TEKU)
Teku bersesuaian dengan nama (anak perempuan ) dimana kawasan ini berada di ketinggian 158 meter daripada aras laut. Punca air juga boleh didapati di kawasan ini.

source: http://sukanmalaysia2012.pahang.my/info-am/maskot

Maskot Sukan Malaysia 2012

No comments:

Post a Comment