Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang Maharaja
yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu.
Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian
kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai
giler….. suruhlah buat apa pun mesti dilakukan, kalau Maharaja suruh panjat
pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Faizal Tahir dia nyanyi (tapi bunyi kuda lah..) …itu pasallah Maharaja
ni sayang sangat kat kudanya. Tapi kuda ni hanya dengar arahan Maharaja ni
sorang je. Kerana berasa sangat ego, Maharaja ini telah mengadakan satu
pertandingan dimana jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu
duduk, dapatlah hadiah berupa wang tunai RM1000 seperti yang dijanjikan kepada
rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh
rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kuda tu duduk.
“Nak kena jentik lagi…??”
Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat
berbuat demikian…makin egolah Maharaja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang pemuda lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kuda tu terus duduk. Maka terkejutlah Maharaja tadi lalu dipanggilnya pemuda tersebut
seraya bertanya,
"Siapakah engkau?" Maharaja itu bertanya kepada pemuda tersebut...
"Saya adalah Pak Pandir..." (ohhh...rupa-rupanya Pak Pandir..)
“Apa yang engkau buat sampai kuda beta tu duduk wahai Pak Pandir?”
Maka dengan selambanya Pak Pandir pun berkata,
“Tadi patik jentik telur kuda tu sampai dia
terduduk.(Senak sangat la tu kot…) Lalu Pak Pandir pun dengan senang hati beredar sambil mengira-ngira wang yang
dimenanginya. Maharaja yang tak puas hati pun adakan satu lagi pertandingan. Nak cover malu la katakan.
“Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh
menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya” katanya dalam hati sambil
ketawa.
Maka sampailah hari pertandingan tu…ramailah rakyat
keluar nak melihat sapa yang boleh buat kuda Maharaja ni geleng kepala.
Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum
ada siapa yang dapat membuatkan kuda Maharaja tersebut menggelengkan
kepalanya… Maharaja pun menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba
datang lagi si Pak Pandir dan bagitahu Maharaja yang dia nak cuba lagi.
Dengan selambanya Maharaja berkata,
“Cubalah kalau boleh”.
Pak Pandir pun pegi kat kuda tu lalu berbisik
kat telinganya. Dengan tak semena-mena kuda tu terus menggelengkan
kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan Pak Pandir sekali lagi.
Maharaja berasa pelik lalu bertanya kepada Pak Pandir....
“Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kuda beta pun gelengkan kepalanya?”
Dengan selambanya Pak Pandir pun jawab...
“Nak kena jentik lagi…??”
No comments:
Post a Comment