Kisah ini diceritakan sendiri oleh Atha' bin Al-Azraq. Pada
suatu hari isteri Atha' menyuruhnya pergi ke pasar untuk membeli
gandum kerana gandum di rumahnya telah kehabisan. Isterinya
memberi wang sebanyak 2 dirham. Atha' mengambil karung guni dan
berjalan menuju ke pasar. Di dalam perjalanan dia ternampak
seorang hamba sahaya sedang menangis. Orang ramai yang lalu
lalang di situ tidak memperdulikan akan hamba tersebut. Oleh
kerana kasihan melihat keadaan hamba tersebut Atha' menghampiri
hamba yang sedang menangis lalu bertanya "Kenapakah kamu
menangis ditepi jalan ini?". Hamba itu memberitahu "Aku
diberi wang sebanyak 2 dirham oleh tuanku supaya membeli barang
keperluan di pasar", sambungnya lagi "Apabila tiba di
sini aku dapati wangku sudah tidak." hamba tadi sambil
menangis lebih kuat lagi dan berkata "Mungkin wang itu
tercicir semasa dalam perjalanan ke mari".
Atha' menanya lagi "Kenapa kamu tidak pulang saja dan
memberitahu tuanmu tentang kehilangan wang tersebut?."
Sambil menangis hamba tadi menjawab "Jika aku pulang dan
memberitahu tentang kehilangan tersebut, tentulah aku dimarahi
dan dipukul dengan teruknya". Atha' merasa hiba diatas
penjelasan hamba itu lalu berkata "Ambil wang ini dan
belilah barang-barang yang di pesan oleh tuanmu". Hamba tadi
mengambil wang itu dan mengucapkan terima kasih kepada Atha' dan
beredar dari situ menuju ke pasar untuk membeli barang-barang
yang di pesan oleh tuanya.
Setelah hamba tadi beredar dari situ Atha' berkata dalam
hatinya "Bagaimanakah aku hendak membeli gandum yang di
pesan oleh isteriku sedangkan wang 2 dirham telahku berikan
kepada hamba tadi". "Dari mana aku hendak mencari wang
sebanyak itu" sambungnya lagi. Untuk menenangkan fikirannya
Atha' menuju ke sebuah masjid yang berhampiran untuk menunaikan
solat sunat. Atha' berada di dalam masjid agak lama, sehingga ia
sempat bersolat Asar di situ sambil berdoa supaya Allah
memberikan sesuatu rezeki kepadanya.
Setelah selesai solat Asar, Atha' menuju ke rumah kawannya
kerana ia takut dimarahi oleh isterinya kerana pulang tanpa
membawa gandum yang di pesanya. Pada mulanya Atha' ingin
menceritakan dan meminta bantuan daripada kawannya tetapi apabila
tiba dirumah kawanya, ia tidak tergamak untuk memberitahu
hajatnya. Apabila kawannya melihat Atha' membawa karung kosong,
lalu kawanya bertanya " Apa tu, karung kosong?" jawab
Atha' "Ya" "Kalau begitu isilah habuk kayu ini dan
bawalah pulang untuk di jadikan bahan bakar" kata kawannya.
Atha' tanpa bacakap apa-apa mengisi karung guni dengan habuk kayu
yang diberikan oleh kawannya dan terus pulang ke rumahnya.
Apabila tiba dirumahnya Atha' meletakkan guni yang berisi
habuk kayu tadi di rumahnya dan beredar dari situ dengan
senyap-senyap kerana takut isterinya meleter di sebabkan karung
tersebut di isi dengan habuk kayu. Atha' menuju ke masjid, lama
juga ia berada di sana sehingga hampir larut malam barulah dia
pulang. Sesampainya di rumah dia tercium bau harum roti yang
sedang dibakar. Atha' kemudiannya masuk ke dapur dan melihat
isterinya sedang membakar roti lalu berkata "Harumnya baru
roti ini" jawab isterinya "Memanglan kerana gandum ini
dari kualiti yang baik". Atha' bertanya lagi "Dari mana
kamu dapat tepungnya" "Dari mana lagi, dari karung yang
awak bawa baliklah" jawab isterinya. Atha' kehairanan lalu
berkata di dalam hatinya "Dari mana datangnya gandum itu
sedangkan karung tadi berisi dengan habuk kayu, ajaib
sungguh!". Atha' bertanya kepada isterinya "Mana
karungnya biar aku lihat?" Isterinya menghulurkan karung
tadi dan dilihatnya "Memang benar, karung tadi yang berisi
habuk kayu telah bertukar menjadi gandum yang berkualiti
baik" kata Atha' di dalam hatinya..
Atha' hanya mampu
memandang sahaja sedangkan dia sendiri tidak tahu dari mana
datangnya gandum tersebut. Begitulah jika kita berserah dan
kembali kepada qudrat dan iradat Allah tidak ada yang mustahil.
sumber: http://members.tripod.com/
No comments:
Post a Comment