Tuesday, May 1, 2012

Sime Darby FC mencipta sejarah

Pelawanan separuh akhir kedua Piala FA semalam telah mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila sebuah kelab yang baru sahaja 3 tahun diuruskan secara profesional berjaya melangkah ke final buat pertama kalinya selepas menyingkirkan juara bertahan Terengganu 'Sang Penyu' FA untuk berdepan dengan pasukan Pahlawan Merah iaitu Kelantan FA yang akan berlangsung pada 19 Mei 2012 ini. Sebelum itu mari kita imbas kembali profil kelab Sime Darby FC ini. Sime Darby FC merupakan sebuah kelab dari Kuala Lumpur yang mendapat sokongan dari konglomerat terkemuka iaitu Sime Darby. Ditubuhkan pada 22 Januari 2010 dan menjuarai Liga FAM pada tahun penubuhannya juga.Hebat bukan?. Tahun 2011 kelab ini menghuni tangga ke-5 keseluruhan dan kini masih lagi bermain dalam Liga Perdana 2012. Sama-samalah kita menanti detik penentuan juara Piala FA yang baru tahun 2012 kerana kedua-dua kelab masih belum mengecapi nikmat menjulang Piala FA.


disediakan: Mr.Paragon

No comments:

Post a Comment