Sunday, May 6, 2012

MotoGP: Casey Stoner menjuarai Pusingan Ketiga MotoGP di Litar Estoril

Mendapat tentangan hebat daripada pelumba Yamaha Racing, Jorge Lorenzo dari awal perlumbaan sehingga akhir perlumbaan tidak mampu menggugat kehebatan tunggangan yang dipamerkan oleh Casey Stoner pelumba Repsol Honda untuk menjuarai pusingan ketiga dalam kalendar MotoGP di litar Estoril. Mengikuti di tempat ketiga adalah rakan sepasukan Stoner iaitu Dani Pedrosa yang terpaksa berpuashati buat kali ketiga. Casey Stoner kini mendahului senarai pelumba dengan 66 mata dikuti lorenzo 65 mata dan Pedrosa 52 mata. Pertarungan merebuat kejuaraan MotoGP tahun ini pastinya difokuskan kepada 3 pelumba hebat ini. Ini kerana ketiga -tiga pelumba ini telah mendominasi podium sehingga pusingan ketiga. Mampukah pelumba-pelumba yang lain memecah dominasi mereka bertiga? Masih ada 15 pusingan lagi sebelum MotoGP menutup tirainya musim ini. Juara 9 kali Valentino Rossi masih tidak dapat menjinakkan mesin Ducatinya dan menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.

image and source credit to: motogp.com

No comments:

Post a Comment