Tuesday, May 1, 2012

Casey Stoner strike back!

Casey Stoner telah membuktikan bahawasanya dia merupakan pelumba yang harus disegani dan juara bertahan yang sememangnya berusaha untuk mempertahankan kejuaraan dalam MotoGP yang dimenanginya tahun lalu. Litar Jerez menjadi saksi bahawa dia akan memecah dominasi Jorge Lorenzo. Dengan dipisahkan hanya 4 mata dengan pemdahulu kejuaraan iaitu Jorge Lorenzo dan masih banyak pusingan yang harus diharungi pastinya Casey Stoner akan terus menyerang dan mempertahankan kejuaraan miliknya di penghujung musim.


Bermula di petak kelima tidak menghalang Casey Stoner untuk mengejar Lorenzo dan Pedrosa yang berada dihadapan. Semua tahu sekiranya Stoner berjaya mendahului perlumbaan dia akan fokus kepada pemanduannya dan dia pasti sukar digugat oleh pelumba-pelumba lain.
Penguasaan Tiga orang pelumba ini sememangnya dijangka sengit sehinggan penghujung musim.

sumber: motogp.com
image credit: motogp.com

No comments:

Post a Comment