Hari ini aku tersangat boring dan so tak tahu nak post apa lagi. Tetiba je teringat kat cerita Cinta Buat Emelda dalam slot Akasia yang diadaptasi dari sebuah novel bertajuk "Kasih Antara Kita" hasil karya Aleya Aneesa yang semestinya best dan terbaik.Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Emelda yang
terpaksa berkorban demi menjaga maruah kakaknya, Emira yang telah
meninggal dunia kerana barah hati setelah melahirkan sepasang anak
kembar perempuan. Emelda terpaksa mengaku yang bayi tersebut adalah
anaknya bagi mengelakkan kemarahan keluarga terhadap kakaknya yang di
ambang maut. Ini merupakan sinopsis awal novel ini manakala penceritaan dalam drama Cinta buat Emelda pula berbeza. Emelda hanya memiliki seorang anak perempuan sahaja. dan penambahan dari aspek Emeriz yang jiwa kacau sangat dan agak menarik bagi aku.Semestinya ia merupakan adaptasi longgar yang aku rasa ending bagi cerita Cinta buat Emelda pastinya berlainan dari novel asalnya. So bagi peminat darama Cinta buat Emelda kena tunggulah sampai 3hb Mei 2012 untuk mengetahui kesudahan cinta anatara Emelda dan Aril Fatah...chaos!
Disediakan oleh:Mr.Paragon
No comments:
Post a Comment