Tuesday, May 1, 2012

Review:Hasmawi Hassan

Hasmawi Hassan dilahirkan pada 4 Ogos 1980 dan merupaka pemain bolasepak Malaysia yang buat masa ini bermain dengan pasukan negeri Pulau Pinang. Dikenali dengan nama 'Mawi' oleh peminat-peminatnya, penyerang kelahiran Pulau Pinang ini merupakan salah seorang pemian hebat yang diserapkan dalam skuad senior dalam musim 1998. bermain di pasukan Pulau Pinang, mawi telah membantu pasukannya menjuarai Kejuaran liga Perdana Satu dalam tahun 1999 dan 2001, Piala FA Malaysia pada tahun 2000 dan Piala Sumbangsih pada tahun 2003. Beliau kemudiannya berhijrah ke pasukan negeri Kedah dan membantu kedah menjulang kejuaran Double trebele pada tahun 2007 dan 2008 (Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia). Beliau kemudiannya dilepaskan oleh Kedah dan menyertai pula Felda United FC dalam tahun 2009 untuk kontrak setahun. Hasmawi kemudiannya berhijrah pula ke Negeri Sembilan FA pada tahun 2011. Bagi musim 2012, beliau kembali semula ke pangkuan Pulau Pinang untuk menjadi pemangkin dan mentor bagi pemain-pemain muda. Diharap dengan kehadirannya, skuad Pulau Pinang akan dapat kembali semula menghangatkan saingan Liga-Liga utama di Malaysia. Haria Penang Haria!!!!


No comments:

Post a Comment