Saturday, May 5, 2012

English FA CUP 2012: Chelsea juarai kali ke-7

http://www.epltalk.com/media/2012/05/chelsea-fa-cup-winners.jpg
Chelsea munjul juara Piala FA 2012 dengan mengalahkan Liverpool awal pagi tadi dengan jaringan 2 - 1. Chelsea mendahului jaringan pada minit ke-11 oleh Ramires dan disusuli jaringan kedua oleh Drogba pada minit ke-52. Walaubagaimanapun Liverpool bangkit merapatkan kedudukan dengan jaringan Andy Carroll dengan rembatan padu minit ke-64. Tandukan Andy Carroll pada minit ke-81 dilihat menjengah palang gol namun penjaga garisan memutuskan ia tidak dikira gol. Sangat kontroversi. Apapun bola itu bulat. Apa saja boleh berlaku. Tahinah kepada Chelsea kerana menjulang Piala FA buat kali ketujuh dan menyamai pencapaian Liverpool. kemenangan Chelsea ini pastinya menyuntik semangat yang lebih mantap dan terbaik untuk berhadapan dengan Bayern Munich di Final Liga Juara-Juara pada 19 Mei 2012 nanti. pengurus Chelsea, Roberto di Matteo pernah menjulang kejuaraan piala FA sewaktu dia menjadi pemain tengah Chelsea pada tahun 1997 dan 2000.
http://www.whoateallthepies.tv/wp-content/uploads/2012/05/PA-13455753.jpg

No comments:

Post a Comment