Thursday, May 3, 2012

Liga-S: Harimau Muda menerajui liga selepas mengatasi Geylang United

Skuad Harimau Muda semalam melakar kemenangan dengan mengatasi Geylang United 2 - 0 untuk kembali menerajui Liga-S di Stadium Jalan Besar. Jaringan oleh Wan Zack Haikal dan pemain simpanan yang dibawa masuk D.Saarvindran memberi tekanan kepada pemain-pemain Geylang United. Ini merupakan kemenangan ketujuh Harimau Muda dalam 11 perlawanan dalam Liga-S. Kemenangan ini dilihat memberi tekanan kepda pasukan lain dalam liga-S terutamanya Brunei DPMM dan Balestier Khalsa. Persaingan menjadi semakin sengit. Diharap dengan kemenangan ini akan memberi motivasi/tonik tambahan buat harimau Muda untuk mencipta kemenangan seterusnya menjuarai liga-S.

Source: www.nst.com.my
image credit to: www.nst.com.my
.

No comments:

Post a Comment