Saturday, May 19, 2012

Chelsea-Juara Eropah, Kelantan-Juara Piala FA 2012

Perlawanan tumpuan pertama aku malam ini antara Kelantan menentang Sime Darby yang berkesudahan dengan sepakan penalti Ghaddar di minit ke-57 telah menenggelamkan impian Sime Darby untuk mencipta sejarah kelab. Kelantan menjuarai buat kali pertama Piala FA selepas dua kali dikecewakan oleh Selangor dan Terengganu. Peluang untuk gol banyak cuma nasib tidak menyebelahi sime darby untuk mencipta jaringan begitu juga Kelantan.



Perlawanan tumpuan kedua pulak bagi aku adalah sepatutnya dan semestinya Final Champions league diantara Bayern Munich vs Chelsea. Separuh masa pertama berkesudahan dengan 0-0. Bersambung separuh masa kedua dengan kemasukkan Thomas Mueller yang berjaya memecah kebuntuan menjaringkan gol pada minit ke-83, namun dengan semangat yang tidak kenal menyerah kalah bagi pemain Chelsea, Drogba menanduk bole sepakan penjuru lantas mendiamkan sejenak penyokong-penyokong Bayern Munich. Berterusan di babak masa tambahan dengan Bayern Munich dihadiahkan sepakan penalti tapi dengan mudah Petr Cech menggagalkan tendangan Arjen Robben. Bersambung chapter ketiga pertarungan-Penalti Shoot Out!. Chelsea tertekan dengan kegagalan Juan Mata menyempurnakan tendangan dapat dibaca oleh Manuel Nuer. Namun Petr Cech berjaya mengahalang dua tendangan pemain Bayern Munich dan Drogba akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol Bayern Munich untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah 2012 musim ini selepas menjuarai Piala FA 2012 menewaskan Liverpool. Malang berterusan menimpa Bayern Munich yang kalah dalam perebutan liga dan Piala Jerman kepada Borussia Dortmund kini kalah pula kepada Chelsea di Final UCL di Munich.KEEP THE BLUE FLAG FLYING HIGH!!!!

No comments:

Post a Comment