Friday, June 22, 2012

RANKING CHONG WEI TURUN

Akibat tidak menyertai Kejohan Badminton Terbuka minggu lepas, kedudukan terkini ranking memaparkan Lee Chong Wei turun ke nombor dua dunia selepas dipintas oleh Lin Dan. Pemain China itu mengutip mata sebanyak 93,313.4114 manakala Lee Chong Wei pula mengutip mata 91,898.7300. Kedudukan ranking dunia diambil kira untuk kelayakkan Olimpik London kelak. Chen Long dan Chen Jin berada di kedudukan ketiga dan keempat dunia. Kita amat berharap prestasi dan kecederaan Lee Chong Wei akan pulih dan bertenaga semula untuk memenangi emas pertama kontijen Malaysia di Sukan Olimpik London kelak.

No comments:

Post a Comment