ATM kini hanya perlu empat mata daripada baki tiga perlawanan untuk
menempah tiket automatik ke Liga Super musim depan berikutan perbezaan
lima mata ke atas pencabar terdekat, Pahang yang sekadar seri 1-1 dengan
USM pada malam yang sama.
Meski pun tiga baki perlawanan yang akan datang, berdepan USM (2
Julai), MP Muar (6 Julai) dan Pos Malaysia (13 Julai), dilihat tidak
mendatangkan masalah buat ATM, Sathia memberikan amaran kepada anak
buahnya supaya tidak memperkecilkan lawan melihatkan tahap peningkatan
Johor yang ditampilkan berbanding aksi pusingan pertama.
“Aksi Johor begitu berbeza berbanding pertemuan sebelumnya. Mereka memberikan kami banyak masalah pada separuh masa pertama.
“Saya menjangkakan kesemua pasukan yang akan kami temui selepas ini
akan bermain secara defensif dengan tidak membenarkan ruang, mengikut
jejak langkah pasukan Greece.
“Dalam bola sepak, apa-apa mungkin berlaku, Pahang mungkin
menjaringkan banyak gol dalam perlawanan akan datang jadi kami mahu
mengesahkan gelaran liga secepat mungkin,” kata Sathia sejurus
perlawanan berakhir.
sumber: http://www.atmfa.my/news/
No comments:
Post a Comment