Sunday, June 10, 2012

Motorsport: CubPrix dan SBK 2012

Malaysian CubPrix pusingan ke-5 telah berlangsung di Teluk Intan,Perak telah menyaksikan satu sejarah apabila jentera honda menguasai ketiga-tiga kategori utama iaitu Wira,CP115 dan CP130. Fakhrusy Syakirin mengungguli saingan Wira, Amirul Ariff pula dalam CP115 dan Juara 2011, Norizman Ismail menjuarainya buat pertama kali bagi musim ini. Paling manis apabila kempat-empat pelumba Hariam Metro Yteq SCK Honda Racing menguasai tempat 1,2,3, dan 4.

image credit to www.worldsbk.com
World Superbike pula menyaksikan penguasaan Max Biaggi, Juara WSBK 2010 menjuarai kedua-dua perlumbaan yang berlangsung di litar Misano Adriatico. Juara 2011, Carlos Checa pula mengalami nasib malang apabila terjatuh di perlumbaan kedua. Max Biaggi terus mencengkam di tangga teratas dengan 210.5 mata, diikuti dengan Jonathan Rea dari Honda World Superbike Team dengan 172 mata dan di tangga ketiga pula ialah Tom Sykes (Kawasaki racing Team) dengan 164.5 mata.

No comments:

Post a Comment