Salam Sejahtera.Selepas ramalan untuk suku akhir saya ramalkan tepat walaupun catatan jaringan gol ada yang tidak betul(heee....). Kali ini saya akan membuat ramalan untuk semifinal plak. Semifinal 1 mempertemukan Portugal menentang Sepanyol. Walaupun kelebihan lebih memihak kepada juara 2008 dan juara dunia 2010 ini, namun dari segi prestasi kedua-dua pasukan dilihat memiliki peluang sama rata. Ini kerana kedua-dua pasukan memiliki ramai pemain berbakat terutamanya Sepanyol yang boleh dikatakan separuh daripadanya adalah pemain-pemain Barcelona. Namun, bola itu bulat. Ronaldo pula telah berjaya membuang badi menjaringkan gol buat Portugal dalam kejohanan besar. Sekiranya Ronaldo dapat meloloskan diri daripada rantaian pertahanan Sepanyol, maka dia pasti akan menjaringkan gol dengan aksi yang menarik. Ball Possesion Portugal 35% Sepanyol 65%.Ramalan saya: Portugal [1] - [0] Sepanyol.
Semifinal 2 pula menemukan Germany melawan Itali. Kedua-dua pasukan seimbang dari aspek agresif dan pertahanan yang mantap. Germany tanpa kelibat Mario Gomez, Mueller dan Podolski mampu untuk menewaskan Greece yang bermain corak bertahan inikan pula Itali yang mesti mencari taktikal yang sesuai untuk menghadapi serangan bertali arus dari Germany. Mario Balotelli pula mesti mengawal amarahnya sekiranya mahu Itali menewaskan Germany. Germany memiliki pemain-pemian muda yang mampu memberi tekanan kepada Itali. Ball Possesion Germany 60% Itali 40%. ramalan saya Germany[3] - [1] Itali.
*p/s: ini sekadar pendapat peribadi saya sahaja. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.
image source:olele.com
No comments:
Post a Comment