Monday, June 25, 2012

PROFIL JUARA LIGA FAM 2012: KL SPA FC


Logo SPAFC

Kelab Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA FC) telah ditubuhkan pada tahun 2005. Dan pada tahun 2010 telah berjaya menyertai Liga FAM. SPA FC merupakan satu-satunya Jabatan Kerajaan yang berjaya memasuki Liga FAM selain Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. SPA FC juga merupakan satu-satunya pasukan dari Putrajaya. SPA mula aktif dengan menyertai Liga Divisyen 2 Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (PBKL) pada tahun 2005. Bermula daripada situ, pelbagai rancangan dan program telah dibuat untuk memantapkan pasukan SPA. Pada tahun 2007, pasukan SPA telah berjaya menaiki Liga Divisyen 1 PBKL. Pada tahun 2009, pasukan SPA telah menyertai pasukan elit di Kuala Lumpur dalam Liga Premier Kuala Lumpur.Kejayaan yang dicapai oleh pasukan adalah menjadi juara pertandingan bola sepak anjuran Kebajikan dan Anggota-Anggota Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) pada tahun 2008. Kejohanan tersebut telah disertai oleh 48 pasukan bola sepak sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Terbaru SPA FC telah menjuarai Liga FAM 2012 pada petang 24hb Jun 2012.
Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati laman fb ini ====> KL SPA FC

No comments:

Post a Comment