Sunday, December 19, 2010

Rahsia 7

RAHSIA 7

Umpama ada keajaiban (magis), nombor 7 mengatasi signafikan nombor-nombor yang lain dalam pelbagai aspek kehidupan, mitos, fakta, kepercayaan, agama, sistem bio-energi, alam dan lain-lain. Ada RAHSIA yang tersembunyi, ada kaitan yang belum habis diterokai untuk diulaskan segala perihalnya. Mustahil buat saya menyenaraikan segala RAHSIA tersebut namun berikut adalah sekadar renungan dan pemerhatian kita semua tentang RAHSIA 7.
1. PENCIPTAAN ALAM
Teori astro fizik menyatakan alam ini terbentuk dari satu letupan MAHA hebat yang membawa kekosongan kepada kewujudan ALAM. Ia dinamakan Teori ‘BIG BANG’. Menurut teori ini, ALAM terbentuk kira-kira 14 (7X2) billion tahun yang lalu. Menariknya di sini, nama ‘big bang’ yang diilhamkan oleh Yang Maha Merancang pada saintis yang menemui teori ini mempunyai 7 huruf (B.I.G.B.A.N.G).
2. PERKEMBANGAN ALAM
Menurut teori-teori yang hebat diperdebatkan pada sekitar tahun 70an ini, ALAM ini berkembang dari satu titik dalam pergerakkan yang sama dan begitu terancang, yang setiap satu cakerawalanya bergerak dalam laluan-laluan atau orbit yang tersendiri. Menariknya fakta ini telahpun diterangkan di dalam AlQuran yang diturunkan pada abad yang ke 7, kira-kira 1400 (7X200) tahun yang lalu di dalam surah AD-DHARIYAT ayat 7 yang bermaksud:
‘Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya’.
3. RAHSIA ‘LANGIT’
Di dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 32 yang bermaksud:
‘Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (Kekuasaan Kami) yang ada padanya’.
Menariknya fakta ini, surah Al-Anbiya’ adalah surah ke 21 yang mengandungi 112 ayat. Melalui teori kod metamatik/numerology, jika dijumlahkan nombor-nombor ini hasilnya adalah 7:
= surah 21 jumlah ayat 112
= 2+1+1+1+2  = 7
dan, antara kandungan surah ini adalah kisah-kisah (disebut perkataan ‘kisah’) 7 Nabi Allah iaitu:
  1. Nabi Allah Ibrahim a.s.
  2. Nabi Allah Nuh a.s.
  3. Nabi Allah Daud a.s.
  4. Nabi Allah Sulaiman a.s.
  5. Nabi Allah Ayub a.s.
  6. Nabi Allah Yunus a.s.
  7. Nabi Allah Zakaria a.s.
4. ‘BUMBUNG YANG DILINDUNGI’
Menurut sains astronomi pula ‘langit sebagai bumbung’ dari surah di atas bolehlah dikaitkan sebagai ‘atmosfera’ yang bertindak sebagai perisai kepada bumi, antara fungsinya:
  • menapis objek-objek meteor dari jatuh ke bumi.
  • Menapis pancaran-pancaran cahaya atau gelombang yang tidak sesuai dan merbahaya.
  • Mengekalkan suhu bumi dan mengelakkan suhu angkasa yang tertalu sejuk.
  • Hanya membenarkan pancaran gelombang yang berguna atau bermanfaat iaitu:
  1. Gelombang Sinar-X
  2. Gelombang Ultra Ungu jarak jauh
  3. Gelombang Ultra Ungu jarak dekat
  4. Gelombang spektrum cahaya yang boleh dilihat (visible light) yang mengandungi 7 warna iaitu ungu/violet, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah.
  5. Gelombang Infra Merah jarak jauh
  6. Gelombang Infra Merah jarak dekat
  7. Gelombang Radio
Langit sebagai bumbung dalam ayat ini diperjelaskan lagi sifatnya didalam surah Al-Baqarah ayat 29 yang bermaksud:
‘Dialah (ALLAH) yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikanNya 7 langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu’.
Juga dalam surah Al-Fussilat ayat 12:
‘Maka Dia ,menjadikannya 7 langit dalam dua hari dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya’.
Menariknya, menurut fakta sainstifik yang ditemui pada abad yang ke 20; terdapat 7 lapisan langit yang meliputi bumi, dari lapisan yang terawal sejauh 7 batu hinggalah lapisan yang teratas/tinggi sejauh 700 batu. Lapisan-lapisan tersebut adalah:
  1. Exosfera – 7 batu
  2. Ipnosfera
  3. Termosfera
  4. Mesosfera
  5. Ozonosfera
  6. Stratosfera
  7. Troposfera – 700 batu
5. LANGIT YANG KEMBALI (KITAR)
Antara tugasan langit yang lain unik adalah sebagai lapisan yang memantulkan semula, iaitu:
  1. Troposfera – wap air naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.
  2. Ozonosfera – cahaya ultra ungu naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.
  3. Ionosfera – gelombang radio naik dan dipantul turun semula ke bumi, membolehkan frekuensi radio berfungsi.
Anggaran saintis mendapati 16,000,000 ton/sesaat air menyejat dari permukaan bumi dan jumlah tersebut adalah sama dengan jumlah 513 trillion ton hujan yang turun semula selama setahun.
6. BUMI
Jika dihitung dari planet pluto (yang paling jauh dari sistem solar matahari), bumi merupakan planet yang ke 7 yang dekat pada matahari. Ia merupakan satu-satunya planet yang unik yang memiliki keajaiban tersendiri yang merupakan satu-satunya planet yang mempunyai dan sesuai untuk kehidupan.
Bumi mempunyai 7 benua iait
  1. Afrika
  2. Amerika Selatan
  3. Amerika Utara
  4. Antartika
  5. Asia
  6. Eropah
  7. Ocenia
Jumlah ini merupakan daratan yang berjumlah 30% yang terpisah oleh lautan-lautan yang secara puratanya 70% dari keseluruhan keluasan bumi. Menariknya, perkataan ‘Lautan dan Daratan’ telah disebut di dalam Al-Quran berulang-ulang kali pada jumlah 32:13. Jika dijumlahkan 32+13=45, maka peratusan laut adalah 32/45 X 100 = 71.11111111 atau 70 peratus manakala peratusan daratan adalah 13/45 X 100 = 28.88888889 atau 30 peratus.
7 lautan utama yang terdapat di bumi:
  • Lautan Artik
  • Lautan Antartik
  • Lautan Pasifik – Utara
  • Lautan Pasifik – Selatan
  • Lautan Atlantik – Utara
  • Lautan Atlantik – Selatan
  • Lautan Hindi
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan fakta ini benar, begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT.
Manakala elemen-elemen yang kita sedia maklum dimiliki oleh bumi adalah dari 7 unsur yang berbeza-beza iaitu:
  1. Tanah
  2. Angin (gas)
  3. Api
  4. Air
  5. Kayu
  6. Batu (gem)
  7. Logam
Menariknya tatkala manusia mengkaji ciri-ciri kejadian elemen logam, adalah didapati bahawa sumber pembentukkan logam tidak terhasil oleh apa yang ada pada planet bumi, ia adalah batu meteor di angkasa lepas yang jatuh ke bumi. Umpama untuk melengkapkan Rahsia 7, elemen ini diturunkan dari langit untuk manfaat manusia. Ini dibuktikan di dalam Al-Quran pada surah Al-Hadiid ayat 25 yang bermaksud:
‘Sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan). Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan belbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa’.
Surah ini dinamakan Al-Hadiid (besi), diambil dari perkataan ‘Al-Hadiid’ yang terdapat pada ayat 25 dalam surah ini. Sekali lagi, menurut teori metamatik/numerology : 2+5 = 7.
7 jenis logam :
  1. Plumbum
  2. Timah
  3. Besi
  4. Tembaga
  5. Merkuri (raksa)
  6. Perak
  7. Emas
Suatu keajaiban apabila meneliti kejadian alam yang dilengkapi dengan urutan sistem yang membenarkan kehidupan manusia, iaitu:
  1. Matahari,
  2. Bulan,
  3. Bintang,
  4. Langit (yang mempunyai 7 lapisan),
  5. Bumi (planet yang ke 7 hampir ke matahari),
  6. Lautan  (7 lautan utama)
  7. Daratan (yang merangkumi 7 benua).
Kehidupan di bumi wujud daripada ‘kerak’ bumi, satu bahagian yang mempunyai 7 lapisan. Kedalaman kerak bumi adalah 6,370km (kod metamatik: 6+3+7+0=16, 1+6=7).
7. 7 HARI DALAM SEMINGGU
Peredaran lengkap bumi pada paksinya mengambil masa 24jam menghasilkan kejadian siang & malam. Bumi mengelilingi matahari pada orbitnya dalam masa 365.25 hari melalui 4 perubahan musim iaitu musim panas, dingin, luruh dan bunga. Dalam Al-Quran perkataan HARI di ulang sebanyak 365 kali manakala perkataan BULAN diulang sebanyak 12 kali. Ini secara puratanya menjadikan bilangan hari dalam sebulan menjadi 30. Satu lagi fakta menyatakan bahawa BULAN mengambil masa 29.53 hari untuk melengkapkan pusingan pada paksinya dan melalui 4 peringkat bentuk iaitu bulan sabit, separuh penuh (2 kali) dan bulan penuh. Maka, penetapan 7 hari dalam seminggu adalah dengan mengambil kira fakta peredaran bumi dan bulan iaitu:
Bumi:          365 hari /12 bulan
= 30 hari / 4 musim
= 7.61 hari
Bulan:         29.53 hari / 4 bentuk bulan
= 7.39 hari
7 hari dalam seminggu:
  1. Ahad
  2. Isnin
  3. Selasa
  4. Rabu
  5. Khamis
  6. Jumaat
  7. Sabtu
Dari fakta ini juga kita mendapati secara kasar jumlah minggu dalam setahun (365 hari) adalah  52 minggu (5 + 2 = 7).
Satu lagi kaitan unik yang saya temui adalah dari Kitab Ad-Durr an-Nadhin karya Al-Yafi yang menyebut bahawa; di dalam Ummul Quran (surah al-Fatihah) yang mengadungi 7 ayat, terdapat semua huruf-huruf  (arab) KECUALI 7 huruf iaitu fa , jim, shin, tha, thaw, kha  dan zay.
Al-Yafi berkata: setiap huruf  ini mewakili  7 hari dalam seminggu, malah setiap satunya memiliki penghulunya (malaikat) yang tersendiri yang mempunyai nama gelaran masing-masing iaitu:
‘Kha’ untuk hari Ahad
dan penghulunya adalah Malaikat Rawfa’il
Nama khasnya:  Khabir
‘Shin’ untuk hari Isnin
dan penghulunya adalah Malaikat Jibr’il
Nama khasnya:  Shakir
‘Zay’ untuk hari Selasa
dan penghulunya adalah Malaikat  Samsama’il
Nama khasnya:  Zaki
‘thaw’ untuk hari Rabu
dan penghulunya adalah Malaikat  Mika’il
Nama khasnya:  Tahir
‘Tha’ untuk hari Khamis
dan penghulunya adalah Malaikat  Sirfaya’il
Nama khasnya:  Thabit
‘Jim’ untuk hari Jumaat
dan penghulunya adalah Malaikat ‘Anya’il
Nama khasnya:  Jabbar
‘Fa’ untuk hari Sabtu
dan penghulunya adalah Malaikat  ‘Azra’il
Nama khasnya:  Fatir.
Terdapat beberapa lagi kod metamatik perihal Rahsia 7 yang terdapat di dalam Al-Quran antaranya:
  1. Jumlah perkataan AL-DUNYA disebut 115 kali (1+1+5=7) manakala AL-AKHIRAH juga disebut 115 kali (1+1+5=7).
  2. Jumlah perkataan AL-MALAIKAH diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7) manakala AL-SYAYATEEN diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7).
  3. Perkataan LIDAH diulang 25 kali (2+5=7) manakala SUMPAH juga 25 kali (2+5=7)
Wordpress

No comments:

Post a Comment