Monday, December 20, 2010

Gliese 581 c

Gliese 581 c (IPA: [ˈgliːzə]) merupakan planet luar suria "super-bumi" yang mengelilingi bintang kerdil merah Gliese 581 . Ia berada dalam zon yang boleh diduduki makhluk yang suhu permukaan planet membolehkan air berada dalam bentuk cecair  dan sesuai bagi kehidupan. Planet tersebut mempunyai jarak 20.5 tahun cahaya (~194 trilion km atau ~120 trilion batu) dari Bumi pada arah buruj Libra . Bintangnya digelar Gliese 581 oleh kedudukannya dalam Katalog Bintang Berhampiran Gliese, dan ia merupakan sistem bintang ke-87 yang paling dekat dengan Bumi . Gliese 581 c berkemungkinan merupakan planet luar suria yang mengandungi suhu permukaan yang menyerupai Bumi. Ia merupakan planet luar terkecil di turutan utama bintang yang dijumpai kini .

Penemuan

Penemuan planet ini dilakukan oleh pasukan Stéphane Udry dari Balai Pencerap Geneva di Switzerland yang mengumumkannya pada 24 April 2007. Pasukan tersebut menggunakan HARPS (sebuah spektograf echelle) pada 3.6 m Teleskop Balai Pencerap Eropah Selatan di La Silla, Chile. Pasukan tersebut menggunakan teknik halaju jejari.
Pasukan tersebut telah menerbitkan kertas bertarikh 27 April 2007 yang akan diterbitkan dalam sebuah edisi jurnal Astronomi & Astrofizik . Dalam kertas tersebut, mereka turut mengumumkan penemuan planet lain dalam sistem tersebut, Gliese 581 d, dengan jisim minimum 7.7 jisim Bumi dan paksi separa-major 0.25 unit astronomi.
Ahli astronomi mendakwa yang planet ini mampu menampung hidupan kerana ciri-cirinya yang hampir serupa dengan bumi. Mayor meramalkan pasukan penyelidik akan menemui tanda kewujudan makhluk di sana dalam masa dua dekad ini.
Planet yang diberi nama kod Gliese 581 c atau Super Bumi ini berkemungkinan mampu menampung hidupan dengan saiznya hampir sama dengan saiz bumi, 5 kali ganda lebih berat dari bumi, bersuhu sederhana (antara 0 - 40 darjah Celcius) dan mempunyai cecair. Jejari planet ini 1.5 kali jejari planet Bumi namun komponen udaranya tidak diketahui. Ahli-ahli astronomi Eropah tidak pasti sama ada planet itu berbatu seperti Bumi atau pun terdiri daripada bebola ais beku dengan air dalam bentuk cecair di permukaannya.
sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Gliese_581_c

No comments:

Post a Comment