Sunday, December 19, 2010

Inter Milan Juara Piala Dunia Kelab 2010!!!!

2010/12/20Peluang Benitez ‘serang’ pegawai kelab yang mahu menyingkirnya

ABU DHABI: Inter Milan gah menjulang trofi kejuaraan Piala Kelab Dunia, kelmarin selepas mudah menewaskan TP Mazembe 3-0 dalam perlawanan akhir buat menamatkan rentak garang kelab juara dari Afrika itu.
Juara Eropah itu melonjak mendahului 2-0 dalam tempoh 20 minit pertama sebelum mengesahkan gelaran kelima tahun ini dan kedua untuk jurulatih, Rafael Benitez.
Gol pasukan adalah sumbangan Goran Pandev pada minit ke-12, Samuel Eto’o (m-17) dan Jonathan Biabiany (m-85).

“Ia bukan perlawanan mudah kerana ramai memberi kami tekanan bahawa kami harus bertindak hebat dan menang. Sesetengah pemain bola sepak keletihan,” kata Benitez. “Tapi kami sudah bertekad memberi persembahan terbaik dan kami yakin mampu melakukannya. Kami mahu menang dan kami berjaya dengan sasaran itu.”

Ini gelaran kelab dunia ketiga bagi Inter berikutan kejayaan pada 1964 dan 1965. Koleksi trofi bertambah selepas mereka memenangi gelaran hatrik mengungguli Liga Itali, Piala Itali, Liga Juara-Juara di bawah Jose Mourinho, termasuk Piala Supercup Itali pada awal musim ini.

Kemenangan itu memberi bahan untuk Benitez menyerang pegawai kelab yang sebelum ini membuat spekulasi jawatannya terancam dan majikan mahu menggantinya dengan calon baru.
“Tiada sebarang masalah daripada pihak saya,” kata Benitez. “Saya amat gembira. Saya seorang profesional dan bekerja 100 peratus untuk kelab.

“Saya mahukan sokongan yang belum saya terima lagi setakat ini. Jika kami ada pemain baru saya pasti kelab ini akan bertambah maju.” - AFP

Berita Harian Online
Isnin
20 Disember 2010

No comments:

Post a Comment