Friday, December 31, 2010

Ancaman Illuminati dan Freemasonary

Sejarah
Illuminati adalah sebuah organisasi persaudaraan rahasia kuno yang pernah ada dan diyakini masih tetap ada sampai sekarang, walaupun tidak ditemukan bukti - bukti nyata tentang keberadaan organisasi persaudaraan ini sampai saat ini. Kata Illuminati dapat diterjemahkan sebagai "Pencerahan Baru". Para pengikut Illuminati disebut "Illuminatus", yang berarti "Yang Tercerahkan". Illuminati sebelumnya bernama Ordo Perfectibilists, yang didirikan oleh Adam Weishaupt (1748-1811), seorang keturunan Yahudi yang lahir dan besar di Ingolstadt, dan memiliki latar belakang pendidikan sebagai seorang Jesuit. Adam Weishaupt lalu menjadi seorang pendeta Katolik dan selanjutnya mengorganisasi House of Rothschild. Pada perkembangan selanjutnya, ia beserta organisasi yang dipimpinnya, Illuminati, memiliki pandangan-pandangan yang menyimpang (bid'ah) dari ajaran resmi gereja Katolik, sehingga ia diekskomunikasi (dilarang mengajarkan pahamnya) oleh gereja dan dikeluarkan dari kelompok gereja kristiani-Katolik. Illuminatus adalah individu - individu yang mencari jawaban dan penjelasan rasional dengan apa yang disebut "Agama sebagai misteri Tuhan". Menurut mereka, dengan penjelasan logis ilmu pengetahuan tidak ada lagi misteri Tuhan karena semua ada jawabannya.
Dalam novel "Angels and Demon" karya Dan Brown; Salah seorang Illuminatus yang terkenal adalah Galileo Galilei, seorang ahli antropologi yang dihukum pancung oleh gereja akibat membuat pernyataan bahwa pusat alam semesta bukan bumi, melainkan matahari. Pernyataan tersebut dianggap menyinggung gereja, karena secara tidak langsung menyatakan bahwa Tuhan dengan sengaja menempatkan pusat kehidupan di planet lain. Dalil Galilei tersebut juga sekaligus membantah doktrin gereja pada saat itu bahwa Bumi berbentuk datar. Sejak saat itu Illuminatus terus diburu oleh para kaum gereja. Saat pihak geraja menenmkan anggota Illuminati, mereka ditangkap lalu diberi cap salib di dada mereka, baru kemudian dibunuh. Anggota Illuminati kemudian bergerak dari bawah tanah sebagai sebuah kelompok rahasia yang paling dicari oleh gereja. Para Illuminatus yang melarikan diri kemudian bertemu dengan kelompok rahasia lainnya yaitu kelompok ahli batu yang bernama Freemasonry atau lebih sering disebut sebagai kelompok Mason.

Perkembangan Illuminati

Sejak bergabung dengan kelompok Freemasonry, illuminati menjadi semakin kuat karena dibantu oleh jaringan kelompok Freemasonry yang sepertinya tidak menyadari telah dijadikan alat transportasi aman oleh illuminati. Illuminati terus diburu oleh gereja. Mereka dicap sebagai penganut paham Luciferian Conspiracy, dikarenakan mereka, sama seperti halnya Freemasonry, memiliki ritual pemujaan kepada "Sang Arsitek Agung" / "The Great Architect", yang dilambangkan oleh mereka berupa "The Wholeseeing-Eye" atau "Mata tuhan" (diambil dari legenda mesir); yang merupakan simbol dari Lucifer (sebutan setan dalam tradisi kristiani).
Sejak 1782 gerakan Illuminati menyebar dari Denmark sampai ke Portugal, bahkan lebih jauh lagi. Orang-orang Inggris yang terilluminasi bergabung dengan orang-orang Amerika membangun Loji Columbia di kota New York pada tahun yang sama. Seorang bangsawan muda Rusia, Alexander Radischev, bergabung di Leipzieg, dan menyebarkan doktrinnya ke kampung halamannya di St. Petersburg. Di Lisabon seorang penyair bernama Claudio Manuel da Costa menjadi anggota, dan ketika hijrah ke Brazil ia mendirikan sebuah cabang dengan dibantu dua orang dokter dari Ouro Preto, Domingos Vidal Barbarosa dan Jose Alvares Maciel. Pada tahun 1788 trio ini melancarkan pemberontakan Illuminati yang pertama, Inconfidencia Mineira, tetapi pemberontakan itu ditumpas ketika baru saja berputik oleh raja muda Marquis de Barbacena. Hingga saat ini, mereka berjuang secara diam-diam melawan dan berusaha meruntuhkan gereja katolik roma, yang dianggap melambangkan kekuasaan dari Yesus Kristus, musuh Lucifer.

Caliph of Islam: Sultan Muhammad Al-Fateh

PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia   19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang   negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan,   memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin   menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

UMUM: Kategori Cinta

CINTA? apa itu cinta? korang tahu apa itu cinta? bila korang dapat merasa cinta? apakah cinta itu buta?apakah cinta itu mulia?dari aspek apakah pendapat korang mengenai cinta? aspek hati? akal ataupun nafsu?

Cinta pada pandangan kalbu ku ada 3 iaitu:-
a.Cinta akal
b.Cinta hati
c.Cinta nafsu

Adalah Cinta Akal ini ianya bersandarkan kepada logikal akal kita semata-mata.Ianya tidak bersandarkan pada sesuatu prinsip yang menepati citarasa hati kita tetapi berpandukan akal.Contohnya ada seorang teruna yang tidak mencintai seorang dara dan dara ini juga tidak mencintai teruna tersebut. Dek terkesan oleh cinta akal ini maka diteruskan jua pengijabkabulan mereka berdua dengan berpandukan etika bahawasanya cinta itu boleh dipupuk selepas nikah. Akal kita telah membuat perkiraan yang sistematik.Tanpa usaha dan merentasi rintangan cinta yang dipupuk akan bergantung kepada masa dan tempat yang tertentu.

Sedangkan Cinta Hati pula ianya berdasarkan kepada Tuhan Maha Pencipta yang telah berfirman bahawasanya manusia itu diciptakan berpasang-pasangan.Teruna dan dara ini bernikah kerana Allah. Semua perlakuan mereka hanya kerana Allah. Jodoh itu ketentuan Allah. Dari mata turun ke hati.Semuanya adalah perjanjian Allah. Mengamanahkan kepada kita seorang teman seorang pendamping kita dikala hati kita terasa amat kesunyian.

Manakala Cinta Nafsu pula , ianya bersandarkan kepada nafsu serakah semata-mata. Berpaksikan syaitan laknatullah.Itulah yang menyebabkan kelahiran anak diluar pernikahn yang semakin meningkat.Keturunan yang kita tidak tahu asal usulnya. Memberi satu ketidakadilan kepada anak itu sendiri. Apakah ini yang kita mahukan? apakah ini yang kita inginkan? Cinta ini sangat merbahaya dan mengancam keturunan kita.Merosak nasab sesuatu kaum itu.

Riesman
Sabtu
1 Januari 2011

Sains: Astronomi

Astronomi dari segi bahasa etmologi membawa maksud peraturan bintang - "law of the stars". Astronomi juga dikenali sebagai Ilmu Falak iaitu ilmu kaji bintang. Ilmu Falak atau Astronomi merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian / pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar Bumi dan atmosfera bumi. Astronomi juga sering dikaitkan dengan astrofizik.
Astronomi merupakan beberapa cabang sains di mana amatur masih memainkan peranan penting, khususnya dalam menjumpai dan mencerap phenomena perantaraan. Ini berbeza dengan astrologi, pseudosains yang cuba untuk meramal takdir seseorang dengan mengikuti pergerakan planet dan bintang. Walaupun kedua bidang mempunyai asal yang sama, mereka adalah berbeza dari segi astronomi menggunakan kaedah saintifik, sementara astrologi tidak mempunyai asas sains.
Memandangkan astronomi merangkumi bidang yang luas, astronomi biasanya dibahagikan kepada beberapa cabang. Pembahagian ini tidak unik dan pertindihan dan pakar astronomi yang kerjanya merangkumi beberapa cabang adalah perkara biasa. .
Perbezaan utama adalah di antara (astronomi pencerapan dan teori) berbanding dengan astrofizik. Pemerhati menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan data mengenai phenomena berbeza, data yang kemudiannya digunakan oleh pakar theori untuk mereka dan membentuk teori dan model, untuk menjelaskan pemerhatian dan meramalkan pencerapan baru. Bidang kajian juga dikelaskan kepada dua cara: menurut perkara, biasanya menurut kawasan angkasa (contoh astronomi galaksi) atau masalah (seperti pembentukan bintang atau kosmologi); dan menurut cara pakar astronomi mendapatkan data (contoh astronomi optikal atau radioastronomi)
Ia mustahil untuk menentukan bilakan bidang astronomi bermula. Semenjak beribu-ribu tahun dahulu pastinya penghuni gua telah pun mendongak kearah langit dengan penuh kekaguman dengan apa yang mereka lihat disitu, oleh itu dari satu segi, mereka merupakan seorang pemerhati bintang; mereka menyedari perkara luar biasa yang berlaku, seperti gerhana, dan tidak hairanlah rekod bertulis mengenai teori dan pengamatan manusia telah wujud sejak tulisan dicipta.
Tamadun manusia awal mempercayai bahawa Bumi adalah rata dan berkedudukan kaku, dengan keseluruhan langit berputar mengelilinginya sekurang-kurangnya sekali sehari. Sesetengah kepercayaan mereka kedengaran pelik kepada kita masa kini. Sami Vedik India percaya bahawa Bumi disokong di atas dua belas tiang agung; semasa waktu malam Matahari lalu di bawah, melalui celah antara tiang tanpa mengenai tiang-tiang tersebut. Lebih menghairankan lagi adalah teori Hindu yang menyatakan bahawa Bumi terletak di belakang empat ekor gajah; gajah tersebut berdiri di atas cangkerang kura-kura gergasi, sementara kura-kura tersebut sendiri berdiri di atas naga yang terapung di atas lautan luas.
Manusia purba terpaksa bermula dari awal dan kesilapan pastinya tidak dapat dielakkan, tetapi sekurang-kurangnya pencerapan bintang yang berguna dapat dilakukan, dan rekod awal terbukti amat berguna. Kemungkinannya pengkaji langit pertama yang sebenar adalah orang-orang Cina.
Sekitar 3000 S.M. orang-orang Cina mula menggunakan kiraan 'Tahun' yang terdiri daripada 365 hari, yang membolehkan mereka menghasilkan takwim. Ia tidak penting kepada mereka sama ada Matahari mengelilingi Bumi, atau Bumi mengelilingi Matahari; 365 hari setahun adalah tepat dalam kedua-dua kes. Pakar astronomi Maharaja Cina menghasilkan takwim yang boleh diharap dan mampu menjangkakan bila gerhana berlakunya.
Bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri, dan ia merupakan jisim yang agak kecil hanya 2,160 batu ukur keratan rentas diameter Matahari yang mempunyai keratan rentas sebesar 864,000 batu, terletak lebih jauh berbanding Bulan sehinggakan ia kelihatan hampir sama saiz di langit, dan inilah yang membolehkan gerhana matahari berlaku.

[sunting] Gerhana

Semasa pergerakan bulanannya mengelilingi Bumi, Bulan kadang-kala terpaksa melalui depan Matahari. Pada ketika itu bahagian gelap Bulan berputar ke arah bumi, sebagaimana ditunjukkan di dalam gambarajah; dan oleh kerana bahagian ini tidak memancar, Bulan tidak kelihatan. Ketika mana ia bergerak antara Bumi dan Matahari, ia melindungi sebahagian permukaan matahari,
Semasa peredaran bulanannya mengelilingi Bumi, Bulan kadang-kala mesti melintas di hadapan Matahari. Pada ketika itu, bahagian gelap bulan menghadap ke arah bumi, dan disebabkan bahagian ini tdak membalikkan cahaya, bulan tidak dapat dilihat. Ketika ia bergerak antara Bumi dan Matahari, ia menutup sebahagian permukaan Matahari, bayangan berbentuk gigitan kelihatan pada permukaan Matahari, dan ia bertambah besar ketika gerhana berterusan. Sekiranya Bulan menutup Matahari sepenuhnya, gerhana penuh berlaku dan atmosfera Matahari kelihatan seketika dengan gambaran mengkagumkan.
Biasanya ia mustahil untuk melihat atmosphera Matahari dengan mata kasar atau dengan teleskop biasa, kerana ia ditenggelami oleh silauan Matahari itu sendiri. Bagaimanapun, apabila Bulan bertindak sebagai tabir, gambaran sepenuhnya terdedah—gas bak kilauan permata yang memancar yang dikenali sebagai korona, dan juga suar merah menyala yang menjulang dari permukaan suria. Kesemua gerhana penuh berlaku dalam tempoh skitar lapan minit. Sebaik sahaja sebahagian daripada bahagian matahari keluar, korona dan julangan tersebut tenggelam; dan Bulan bergerak tenang dalam peredarannya, dan gerhana pun tamat.
Walaupun orang-orang Cina mempercayai bahawa seekor naga sedang cuba menelan matahari, dan mereka perlu menghalau naga tersebut dengan menjerit, memukul gong, dan periuk bagi membuat bising, mereka tahu bahawa setiap gerhana akan diikuti oleh gerhana berikutnya setiap lapan belas tahun dan sebelas hari kemudian, dan dengan mengira dengan menggunakan tempoh Soros mereka boleh bersedia. Kadang kala kesilapan berlaku, dan terdapat satu kisah mashyur mengenai dua orang pakar astronomi istana malang, Hsi dan Ho, yang dihukum bunuh kerana gagal menjangka gerhana matahari. Ia mungkin sekadar lagenda, tetapi tidak dipertikaikan lagi bahawa ramalan gerhana telah dibuat oleh manusia yang hidup 4,000 tahun dahulu.
Gerhana matahari tidak berlaku setiap bulan, kerana laluan atau orbit bulan jelas menyenget, dan dalam kebanyakan kes bulan yang gelap, oleh itu tidak dapat dilihat melintasi dibahagian atas atau di bawah Matahari di langit, dengan itu tiada gerhana berlaku.Gerhana terbaru
Gerhana bulan terkini adalah pada 3 hingga 4 Mac 2007. Ia merupakan L=3 hingga L=4 pada skala Danjon. Gerhana ini boleh dilihat secara penuh dari keseluruhan Eropah dan Afrika dan paling kurang sebahagiannya boleh dilihat di timur Amerika, Asia, Australia Barat dan negara-negara Caribbean seperti Trinidad dan Tobago dan Grenada di mana ia sedikit merah. Bulan telah memasuki bayangan penumbra pada 20:18 UTC 3 Mac, dan bayangan umbra pada pukul 21:30 UTC. Jumlah fasa berakhir di antara pukul 22:44 UTC dan 23:58 UTC. Bulan meninggalkan bayangan shadow pada 01:11 UTC dan meninggalkan penuh penumbra pada pukul 02:24 UTC 4 Mac.Jasad samawi
Orang Cina tidak menghadkan pemerhatian mereka kepada gerhana. Mereka turut merekodkan kejadian komet yang di anggap malang. Kini ia diketahui bahawa komet sebenarnya terdiri daripada jisim kecil yang diselubungi kelonsong gas, dan tidak merbahaya, tetapi pandangan komet yang terang dengan kepala berkilauan dan ekor yang panjang cukup untuk mengerunkan manusia zaman dahulu.
Orang-orang Cina dan pencerap awal, terutamanya orang Mesir Purba, berpuas hati mengumpulkan rekod mereka tanpa bimbangkan erti pelbagai fenomena. Ini mungkin disebabkan bahawa alam angkasa dianggap alam tuhan dan selama beberapa abad adalah mustahil untuk membezakan antara astronomi dari astrologi-kepercayaan ghaib mengenai bintang. Sehingga kini kekeliruan tersebut adalah biasa, tetapi tidak sepatutnya berlaku. Astronomi adalah sains sedangkan astrologi tidak berguna bagi sesiapapun.
Bintang-bintang kelihatan mengekalkan pola yang sama di langit, sementara Matahari, Bulan dan planet kelihatannya merayau perlahan-lahan merata-rata. Sungguhpun begitu 'yang merayau' tidak bergerak sebarangan; ia kekal pada jaluran yang sama di langit, dikenali sebagai Buruj (Zodiak). Menurut astrologi, ciri-ciri dan masa depan seseorang ditentukan oleh kedudukan Matahari dan anggota Sistem Suria lain ketika dilahirkan. Keseluruhan idea tersebut tidak berasas, tetapi hanya dua abad kebelakangan astrologi diketepikan. Sehingga itu, ia dianggap sebagai lebih penting berbanding astronomi sebenar.
Selain daripada merakamkan kejadian menakjubkan seperti gerhana dan komet, termasuk menghasilkan takwim yang boleh digunakan, orang-orang Cina tidak memajukan astronomi. Orang-orang Mesir Purba sebaliknya terbukti amat mahir mengukur kedudukan bintang yang kelihatan, dan mereka menyusun Piramid Agung mereka yang terkenal menurut apa yang ketika itu adalah Bintang Utara di langit. Ini adalah penting kerana ia memberikan petunjuk kepada usia Piramid itu sendiri.
Paksi putaran Bumi condong pada sudut 23 darjah pada sudut tepat. Pada masa kini paksi Bumi mengarah ke arah utara pada kedudukan hampir kepada bintang Polaris yang terang, dengan itu dinamakan Bintang Utara. Ketika Piramid sedang dibina, kutub di langit terletak pada kedudukan berbeza dan Bintang Kutub adalah objek yang tidak begitu terang — sebaliknya yang paling terang adalah Bintang Thuban dalam buruj Dragon. Bumi bukannya sfera bulat yang sempurna; ia leper sedikit, oleh itu bahagian zon khatulistiwa tersembul keluar, dan ukuran garis pusat (diameter) melalui kutub adalah 26 batu lebih pendek berbanding garis pusat melalui khatulistiwa. Matahari, bulan dan badan lain menarik bonjolan ini, dan ini menjadikan paksi bumi kelihatan beroleng dengan amat perlahan, seperti gasing yang hendak jatuh. Ini menghasilkan kesan yang dikenali sebagai liukan. Titik utara membentuk pusingan di langit, dan bergerak agak banyak semenjak Piramid Agung dibina.
Astronomi sedang berkembang. Bintang-bintang dibahagikan kepada buruj khusus; pencerapan bermula di negara lain, dan takwim semakin diperbaiki. Kemudian, muncul pula orang-orang Yunani yang membawa pengetahuan saintifik.

sumber:wikipedia

Wednesday, December 22, 2010

SUBHANALLAH:SUNGAI DI DASAR LAUT

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan
Sungai dalam Laut
“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.








Sumber : http://ivandrio.wordpress.com/2010/03/07/subhanallah-ada-sungai-dalam-laut/

Monday, December 20, 2010

Peluang Emas atau Batu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pemandang-pemandang blog saya ni.Satu hari saya telah mengikuti kawan saya ke satu tempat yang sendiri saya ketahui. hehehehe. Lalu saya pun dijemput masuk ke dalam dewan yang agak kecil dan mendengar satu seminar yang di urus selia kan atau di acarakan oleh seorang lelaki yang bersut lengkap kaler biru gelap.Berdasarkan  seminar usahawan yang saya hadiri juruacara itu telah menyatakan 3 Kategori manusia yang jumpa peluang, iaitu:-

a) Hanya melihat peluang
b)Bingung bila melihat peluang
c)Ambil tahu dan rebut peluang

a) Hanya melihat peluang
adalah golongan yang hanya melihat saja peluang itu datang sambil menerapkan ego memasing dan wat bodo je macam takder  apa pon yang berlaku kat depan mata dia.Walau peluang itu berulang beribu kali ianya tetap lihat dan wat bodo.

b)Bingung bila melihat peluang
Golongan ini akan jadi pening bila peluang yang datang menggusarkan akal fikirannya. Bingung bila melihat peluang yang dia sendiri ragu-ragu nak ambil tahu. Setiap malam asyik keliru dan bingung memikirkan peluang yang tidak direbutkan.

c)Ambil tahu dan rebut peluang
Mereka ini adalah yang berpaksikan minda 1% sahaja sebab minda mereka ini bersifat usahawan yang sanggup ambil risiko walaupon dia tak tahu risiko itu besar atau kecil. Sanggup harungi segala rintangan dan mereka ini yakin satu hari nanti mereka akan temui kejayaan.

Riesman
21 Disember 2010
12:45 pm

Kemalangan ngeri bas dua tingkat di simpang pulai-cameron highlands

Bas melulu ketika turun bukit Cameron Highlands
SIMPANG PULAI: “Saya melihat bas persiaran itu terhoyong-hayang dan laju turun bukit membelok selekoh tajam. Selepas itu, bas dua tingkat itu terus langgar konkrit pembahagi jalan sebelum terbalik ke dalam longkang dengan bahagian bumbung menghentam batu bukit,” kata Monat Rahen, antara saksi terawal yang melihat kemalangan itu di Kilometer 15 di sini, pagi semalam.
Monat, 19, berkata, dia menyaksikan kejadian itu ketika bersama seorang lagi rakan menaiki kereta dalam perjalanan menghala ke Cameron Highlands.
“Kami lihat ada penumpang tercampak keluar dari bas, termasuk kanak-kanak dan warga emas. Keadaan menjadi cemas apabila kebanyakan penumpang cedera dan menjerit meminta tolong,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Seorang lagi saksi, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, berkata ketika tiba di kawasan kemalangan itu, dia melihat ada seorang warga emas berusia lingkungan 60-an sudah tercampak keluar dari kenderaan itu.

Dia juga melihat mayat bergelimpang atas jalan raya, termasuk ada kanak-kanak terbaring dalam longkang dipercayai tercampak dari bas serta beberapa mangsa yang cedera dan berlumuran darah keluar dari bas yang terbalik.

“Saya bersama tiga lagi rakan lain dalam perjalanan bercuti di Cameron Highlands menaiki bas henti-henti bersama lebih 10 penumpang lain. Pemandu bas kami terpaksa menghentikan kenderaan selepas laluan itu ditutup. Saya dan penumpang lain berusaha membantu, tetapi keadaan terlalu ngeri.
“Tangisan dan jeritan meminta tolong kedengaran dari bas yang terbalik, selain kelihatan banyak darah di bahagian tempat duduk. Sejurus kemudian, pasukan penyelamat tiba dan saya melihat ada mayat dibawa keluar dari bas berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Ahmad Aminudin Abdul Rahim, berkata ketika tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari, beliau melihat ada beberapa tubuh bergelimpangan di jalan raya dan ada yang terhumban dalam longkang, tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa sudah meninggal dunia.

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan kepala dan tubuh cedera parah, manakala semua mangsa dalam bas tersepit di tempat duduk.

“Saya ada nampak seorang kanak-kanak dalam bas dan mendengar bunyi orang mengerang kesakitan, jadi kami berusaha menyelamatkan nyawa mereka,” katanya.

Beliau berkata, mangsa pertama yang cedera dikeluarkan pada jam 12.13 tengah hari, manakala, mangsa terakhir pada jam 2.55 petang, manakala sebahagian besar mangsa duduk di tingkat atas bas berkenaan.

Berita Harian Online
21 Disember 2010

UPDATE TERBARU SENARAI MANGSA KEMALANGAN BAS DI CAMERON HIGHLANDS:
IPOH 20 Dis. – Pihak polis setakat ini telah mengeluarkan senarai nama dua rakyat Malaysia dan 22 rakyat Thailand daripada 28 orang kesemuanya yang terbunuh dalam kemalangan di KM15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada pukul 11.40 pagi tadi.
1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia
2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia)
3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki)
4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan)
5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan)
6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki)
7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki)
8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan)
9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki)
10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan)
11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan)
12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan)
13. Chutima Throukool, 25, (perempuan)
14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki)
15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan)
16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki)
17. Ekachai Na Bangxang, 64, (perempuan)
18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan)
19. Rung Da (perempuan)
20. Darunee Songserm (perempuan)
21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan)
22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan)
23. Malinan Mekmahaprom, 53, (perempuan)
24. Achara Wiwat, 36, (perempuan)
– Bernama- ( UTUSAN )

Gambar:-

Gliese 581 c

Gliese 581 c (IPA: [ˈgliːzə]) merupakan planet luar suria "super-bumi" yang mengelilingi bintang kerdil merah Gliese 581 . Ia berada dalam zon yang boleh diduduki makhluk yang suhu permukaan planet membolehkan air berada dalam bentuk cecair  dan sesuai bagi kehidupan. Planet tersebut mempunyai jarak 20.5 tahun cahaya (~194 trilion km atau ~120 trilion batu) dari Bumi pada arah buruj Libra . Bintangnya digelar Gliese 581 oleh kedudukannya dalam Katalog Bintang Berhampiran Gliese, dan ia merupakan sistem bintang ke-87 yang paling dekat dengan Bumi . Gliese 581 c berkemungkinan merupakan planet luar suria yang mengandungi suhu permukaan yang menyerupai Bumi. Ia merupakan planet luar terkecil di turutan utama bintang yang dijumpai kini .

Penemuan

Penemuan planet ini dilakukan oleh pasukan Stéphane Udry dari Balai Pencerap Geneva di Switzerland yang mengumumkannya pada 24 April 2007. Pasukan tersebut menggunakan HARPS (sebuah spektograf echelle) pada 3.6 m Teleskop Balai Pencerap Eropah Selatan di La Silla, Chile. Pasukan tersebut menggunakan teknik halaju jejari.
Pasukan tersebut telah menerbitkan kertas bertarikh 27 April 2007 yang akan diterbitkan dalam sebuah edisi jurnal Astronomi & Astrofizik . Dalam kertas tersebut, mereka turut mengumumkan penemuan planet lain dalam sistem tersebut, Gliese 581 d, dengan jisim minimum 7.7 jisim Bumi dan paksi separa-major 0.25 unit astronomi.
Ahli astronomi mendakwa yang planet ini mampu menampung hidupan kerana ciri-cirinya yang hampir serupa dengan bumi. Mayor meramalkan pasukan penyelidik akan menemui tanda kewujudan makhluk di sana dalam masa dua dekad ini.
Planet yang diberi nama kod Gliese 581 c atau Super Bumi ini berkemungkinan mampu menampung hidupan dengan saiznya hampir sama dengan saiz bumi, 5 kali ganda lebih berat dari bumi, bersuhu sederhana (antara 0 - 40 darjah Celcius) dan mempunyai cecair. Jejari planet ini 1.5 kali jejari planet Bumi namun komponen udaranya tidak diketahui. Ahli-ahli astronomi Eropah tidak pasti sama ada planet itu berbatu seperti Bumi atau pun terdiri daripada bebola ais beku dengan air dalam bentuk cecair di permukaannya.
sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Gliese_581_c

Bintang Hatiku....

Tuhan telah menciptakan satu ciptaan yang sungguh indah iaitu bintang. Bergemerlapan di kala malam hari memberi panduan dan sinaran pada musafir yang berkelana. Semua itu adalah nikmat yang telah Tuhan limpahkan ke atas bintang. Andai kita tersesat di jalanan lihatlah bintang nescaya kelak kamu akan tahu makna yang tersirat disebalik bintang-bintang yang bertaburan itu. Walaupun kita sedar semuanya ciptaan sementara, tapi apa salahnya kalau ianya dihayati dengan hati dan jiwa sanubari seorang hamba Tuhan. Bintang ibarat petunjuk jalan bagi kita yang terleka dengan arus fatamorgana di dunia. Mencari sesuatu yang pasti lenyap kelak. Menjejaki sesuatu yang kita sendiri kurang pasti. Meneliti sedalamnya jiwa yang semakin terang atau kelam.
Apakah masih ada lagi bagi kita cahaya? Cahaya yang bisa menyuluh perjalanan kita? Cahaya yang menjadi penunjuk laluan terang kita? Kalau itu semua kita inginkan tapi hendak mencari cahaya itu pula ala-ala kadar sahaja apakah ini akan terjadi pada jiwa yang kosong? TIDAK!!!! Bahkan ianya akan berlalu begitu sahaja kelak.Berlalu pantas meninggalkan kita. Berlalu dihadapan kita tanpa menjeling sjenak pada kita. Apakah ini yang kita mahukan pada laluan hidup singkat kita di persimpangan antara fantasi dan realiti? Tanya jiwa jangan tanya hati. Ini kerana hati seseorang itu cepat mudah kotor walaupun sebesar zarah ia dosakan.

Riesman
20 Disember 2010

Persoalan : Misteri Bahtera Nabi Nuh a.s

Di sebuah gunung yang sentiasa diselimuti salji yang terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri 'berharga' yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yang maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. Pihak-pihak CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu.
Gambar-gambar itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dengan kawalan yang ketat bersama dengan 'rahsia2' penting yang lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yang bermaksud 'Gunung Kesengsaraan'atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya. Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.

Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang 'mahaberharga' itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.
Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang-orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa pelbagai bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai orang yangtelah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu telah mati misteri.
Soalnya sekarang, mengapakah 'kuasa-kuasa besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat-tempat rahsia tentera?. Mengapa mereka tidak mahu mengesahkan bahawa peninggalan 'Noah' benar-benar berada di puncak Mt .Ararat itu? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai, kerana selama itu orang menafikannya.
Samalah The Great Noah Ark itu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.
Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman mereka sudah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka sudah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan utk menyadurkan logam.

Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer, Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C
Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada di dunia sekarang. Mengikut para pendaki yang pernah melihat "Noah Ark" di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. "Noah Ark" itu diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk 'kotak kasut', tidak cantik, tapi sangat berfungsi.
Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi.
Ada juga Para Pengkaji berpendapat, "Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.
Hari ini terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.
Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)
Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.
Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat Besar dengan ketinggian 16,984 kaki. Bersententangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang orang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu "Russia, Iran dan Turkey".

Kedudukan Mt.Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau dilihat CNN hari ini pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak-puak Guerilla Qurdish yang mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey.
Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat. Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan-ketulan air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.
Sebuah 'anchor' purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat. Sebuah 'batu nisan' yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang.
Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Mt.Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut. Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur saiz 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji]
Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan.

Sudut Kata Pujangga

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat”
Khalifah Abdul Malik bin Marwan-

Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar.
-Saidina Ali Abi Talib r.a-

Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu: dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau ; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau ; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau ; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya.
-Saidina Abu Bakar r.a-

Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain.
-Alias Haji Muda-

Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan membangunkan dirinya samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.
-Bestari-



 

Himpunan Hadis Bahagian Satu


1) "Siapa yang membaca tiap habis shalat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus membaca 'Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir' maka akan diampunkan baginya semua dosa-dosanya meski pun sebanyak buih air laut." (HR Muslim)

2) Dari Abu Mas'ud ra, katanya Nabi SAW bersabda:
"Apabila seorang laki-laki memberikan nafkah kepada keluarganya dengan ikhlas, maka (pahala) nafkah itu sama dengan (pahala) sadaqah." (Sahih Bukhari)

3) Dari Abu Hurairah ra, katanya:
Ada seorang laki-laki yang biasanya banyak makan. Setelah masuk Islam, makannya sedikit. Hal itu diceritakan orang kepada Rasulullah SAW. Beliau bersabda: Orang yang beriman makan untuk satu perut. Orang kafir makan untuk tujuh perut." (Sahih Bukhari)

4) Abu Musa ra mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh (dari Masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada ia solat (sendiri) kemudian tidur." (Bukhari)

5) "Tidak ada dari hari-hari yang dilakukan padanya amalan-amalan yang lebih dikasihi oleh Allah daripada hari ini (iaitu hari-hari permulaan Zulhijjah 1-10hb). Para sahabat bertanya: Biarpun tanpa jihad di jalan Allah? Baginda menjawab: Jihad dalan Allah pun tidak, kecuali seorang yang keluar menyabong nyawanya dan mengorbankan hartanya dan tidak kembali lagi"
Diriwayatkan oleh semua kecuali Muslim dan Nasa'i

Sunday, December 19, 2010

Aura dalam diri....

7 lapisan Aura
Aura merupakan lapisan gelombang elektromagnet yang berada di sekitar tubuh fizik yang mengalirkan tenaga. Aura bertindak sebagai biasan pada gelombang yang mengalir pada tubuh fizik juga bertindak sebagai perisai halus yang melindung tubuh fizik tersebut dari gelombang atau sinaran yang merbahaya. Ilmu mengenai aura telah bermula beribu tahun yang lalu, hanya dewasa ini, bukti saintifik berjaya mengesahkannya.  Dikatakan aura mempunyai 7 lapisan halus seperti berikut:
Lapisan pertama – Lapisan Tubuh Eterik
Lapisan yang paling hampir / dalam, dekat dengan tubuh fizikal; mewakili tahap kesihatan tubuh tersebut.
Lapisan ke 2 -  Lapisan Tubuh Emosi
Berkait rapat dengan sistem emosi dan perasaan manusia. Juga mempunyai kaitan pada pengalaman manis dan pahit insan tersebut. Lapisan cahaya warna ini dikatakan setebal 3 inci dari tubuh fizikal
Lapisan ke 3 -  Lapisan Tubuh Mental
Lapisan ini menceritakan tentang kebolehan kuasa minda sedar tubuh fizik tersebut.
Lapisan ke 4 -  Lapisan Tubuh Astral
Lapisan pertengahan antara lapisan-lapisan yang lain, berkait rapat pada chakra Jantung (hijau). Sebagai lapisan yang menghubungkan tenaga-tenaga yang mengalir dari lapisan luaran ke lapisan dalaman, begitu juga sebaliknya.
Lapisan ke 5 -  Lapisan Tubuh Eterik Tinggi
Lapisan yang berkait rapat dengan lapisan eterik tingkat pertama yang menceritakan perihal kesihatan tubuh fizikal. Namun pada lapisan ini tenaga bergetar pada tingkatan yang lebih tinggi bersamaan dengan getaran gelombang bunyi. Bagi mengimbangi kesihatan lapisan eterik pertama, lapisan eterik tinggi ini memerlukan getaran tenaga bunyi seperti ‘mantra’ atau zikir / doa.
Lapisan ke 6 -  Lapisan Tubuh Mental Tinggi
Tenaga bergetar pada frekuensi yang lebih tinggi yang berkait rapat pada sistem ‘gerakrasa’ atau ‘firasat’ manusia.
Lapisan ke 7 -  Lapisan Tubuh Rohaniah
Lapisan yang menghubungkan tenaga alam terus kepada lapisan aura lain seterusnya ke dalam sistem chakra tubuh untuk berbagai kegunaan dan kepentingan tubuh manusia. Berkait terus dengan sistem ROH yang terhubung dengan ‘talian hayat’ (dikenali juga sebagai kundalini) dari Yang Maha Pencipta.

wordpress

Rahsia 7

RAHSIA 7

Umpama ada keajaiban (magis), nombor 7 mengatasi signafikan nombor-nombor yang lain dalam pelbagai aspek kehidupan, mitos, fakta, kepercayaan, agama, sistem bio-energi, alam dan lain-lain. Ada RAHSIA yang tersembunyi, ada kaitan yang belum habis diterokai untuk diulaskan segala perihalnya. Mustahil buat saya menyenaraikan segala RAHSIA tersebut namun berikut adalah sekadar renungan dan pemerhatian kita semua tentang RAHSIA 7.
1. PENCIPTAAN ALAM
Teori astro fizik menyatakan alam ini terbentuk dari satu letupan MAHA hebat yang membawa kekosongan kepada kewujudan ALAM. Ia dinamakan Teori ‘BIG BANG’. Menurut teori ini, ALAM terbentuk kira-kira 14 (7X2) billion tahun yang lalu. Menariknya di sini, nama ‘big bang’ yang diilhamkan oleh Yang Maha Merancang pada saintis yang menemui teori ini mempunyai 7 huruf (B.I.G.B.A.N.G).
2. PERKEMBANGAN ALAM
Menurut teori-teori yang hebat diperdebatkan pada sekitar tahun 70an ini, ALAM ini berkembang dari satu titik dalam pergerakkan yang sama dan begitu terancang, yang setiap satu cakerawalanya bergerak dalam laluan-laluan atau orbit yang tersendiri. Menariknya fakta ini telahpun diterangkan di dalam AlQuran yang diturunkan pada abad yang ke 7, kira-kira 1400 (7X200) tahun yang lalu di dalam surah AD-DHARIYAT ayat 7 yang bermaksud:
‘Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya’.
3. RAHSIA ‘LANGIT’
Di dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 32 yang bermaksud:
‘Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (Kekuasaan Kami) yang ada padanya’.
Menariknya fakta ini, surah Al-Anbiya’ adalah surah ke 21 yang mengandungi 112 ayat. Melalui teori kod metamatik/numerology, jika dijumlahkan nombor-nombor ini hasilnya adalah 7:
= surah 21 jumlah ayat 112
= 2+1+1+1+2  = 7
dan, antara kandungan surah ini adalah kisah-kisah (disebut perkataan ‘kisah’) 7 Nabi Allah iaitu:
  1. Nabi Allah Ibrahim a.s.
  2. Nabi Allah Nuh a.s.
  3. Nabi Allah Daud a.s.
  4. Nabi Allah Sulaiman a.s.
  5. Nabi Allah Ayub a.s.
  6. Nabi Allah Yunus a.s.
  7. Nabi Allah Zakaria a.s.
4. ‘BUMBUNG YANG DILINDUNGI’
Menurut sains astronomi pula ‘langit sebagai bumbung’ dari surah di atas bolehlah dikaitkan sebagai ‘atmosfera’ yang bertindak sebagai perisai kepada bumi, antara fungsinya:
  • menapis objek-objek meteor dari jatuh ke bumi.
  • Menapis pancaran-pancaran cahaya atau gelombang yang tidak sesuai dan merbahaya.
  • Mengekalkan suhu bumi dan mengelakkan suhu angkasa yang tertalu sejuk.
  • Hanya membenarkan pancaran gelombang yang berguna atau bermanfaat iaitu:
  1. Gelombang Sinar-X
  2. Gelombang Ultra Ungu jarak jauh
  3. Gelombang Ultra Ungu jarak dekat
  4. Gelombang spektrum cahaya yang boleh dilihat (visible light) yang mengandungi 7 warna iaitu ungu/violet, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah.
  5. Gelombang Infra Merah jarak jauh
  6. Gelombang Infra Merah jarak dekat
  7. Gelombang Radio
Langit sebagai bumbung dalam ayat ini diperjelaskan lagi sifatnya didalam surah Al-Baqarah ayat 29 yang bermaksud:
‘Dialah (ALLAH) yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikanNya 7 langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu’.
Juga dalam surah Al-Fussilat ayat 12:
‘Maka Dia ,menjadikannya 7 langit dalam dua hari dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya’.
Menariknya, menurut fakta sainstifik yang ditemui pada abad yang ke 20; terdapat 7 lapisan langit yang meliputi bumi, dari lapisan yang terawal sejauh 7 batu hinggalah lapisan yang teratas/tinggi sejauh 700 batu. Lapisan-lapisan tersebut adalah:
  1. Exosfera – 7 batu
  2. Ipnosfera
  3. Termosfera
  4. Mesosfera
  5. Ozonosfera
  6. Stratosfera
  7. Troposfera – 700 batu
5. LANGIT YANG KEMBALI (KITAR)
Antara tugasan langit yang lain unik adalah sebagai lapisan yang memantulkan semula, iaitu:
  1. Troposfera – wap air naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.
  2. Ozonosfera – cahaya ultra ungu naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.
  3. Ionosfera – gelombang radio naik dan dipantul turun semula ke bumi, membolehkan frekuensi radio berfungsi.
Anggaran saintis mendapati 16,000,000 ton/sesaat air menyejat dari permukaan bumi dan jumlah tersebut adalah sama dengan jumlah 513 trillion ton hujan yang turun semula selama setahun.
6. BUMI
Jika dihitung dari planet pluto (yang paling jauh dari sistem solar matahari), bumi merupakan planet yang ke 7 yang dekat pada matahari. Ia merupakan satu-satunya planet yang unik yang memiliki keajaiban tersendiri yang merupakan satu-satunya planet yang mempunyai dan sesuai untuk kehidupan.
Bumi mempunyai 7 benua iait
  1. Afrika
  2. Amerika Selatan
  3. Amerika Utara
  4. Antartika
  5. Asia
  6. Eropah
  7. Ocenia
Jumlah ini merupakan daratan yang berjumlah 30% yang terpisah oleh lautan-lautan yang secara puratanya 70% dari keseluruhan keluasan bumi. Menariknya, perkataan ‘Lautan dan Daratan’ telah disebut di dalam Al-Quran berulang-ulang kali pada jumlah 32:13. Jika dijumlahkan 32+13=45, maka peratusan laut adalah 32/45 X 100 = 71.11111111 atau 70 peratus manakala peratusan daratan adalah 13/45 X 100 = 28.88888889 atau 30 peratus.
7 lautan utama yang terdapat di bumi:
  • Lautan Artik
  • Lautan Antartik
  • Lautan Pasifik – Utara
  • Lautan Pasifik – Selatan
  • Lautan Atlantik – Utara
  • Lautan Atlantik – Selatan
  • Lautan Hindi
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan fakta ini benar, begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT.
Manakala elemen-elemen yang kita sedia maklum dimiliki oleh bumi adalah dari 7 unsur yang berbeza-beza iaitu:
  1. Tanah
  2. Angin (gas)
  3. Api
  4. Air
  5. Kayu
  6. Batu (gem)
  7. Logam
Menariknya tatkala manusia mengkaji ciri-ciri kejadian elemen logam, adalah didapati bahawa sumber pembentukkan logam tidak terhasil oleh apa yang ada pada planet bumi, ia adalah batu meteor di angkasa lepas yang jatuh ke bumi. Umpama untuk melengkapkan Rahsia 7, elemen ini diturunkan dari langit untuk manfaat manusia. Ini dibuktikan di dalam Al-Quran pada surah Al-Hadiid ayat 25 yang bermaksud:
‘Sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan). Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan belbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa’.
Surah ini dinamakan Al-Hadiid (besi), diambil dari perkataan ‘Al-Hadiid’ yang terdapat pada ayat 25 dalam surah ini. Sekali lagi, menurut teori metamatik/numerology : 2+5 = 7.
7 jenis logam :
  1. Plumbum
  2. Timah
  3. Besi
  4. Tembaga
  5. Merkuri (raksa)
  6. Perak
  7. Emas
Suatu keajaiban apabila meneliti kejadian alam yang dilengkapi dengan urutan sistem yang membenarkan kehidupan manusia, iaitu:
  1. Matahari,
  2. Bulan,
  3. Bintang,
  4. Langit (yang mempunyai 7 lapisan),
  5. Bumi (planet yang ke 7 hampir ke matahari),
  6. Lautan  (7 lautan utama)
  7. Daratan (yang merangkumi 7 benua).
Kehidupan di bumi wujud daripada ‘kerak’ bumi, satu bahagian yang mempunyai 7 lapisan. Kedalaman kerak bumi adalah 6,370km (kod metamatik: 6+3+7+0=16, 1+6=7).
7. 7 HARI DALAM SEMINGGU
Peredaran lengkap bumi pada paksinya mengambil masa 24jam menghasilkan kejadian siang & malam. Bumi mengelilingi matahari pada orbitnya dalam masa 365.25 hari melalui 4 perubahan musim iaitu musim panas, dingin, luruh dan bunga. Dalam Al-Quran perkataan HARI di ulang sebanyak 365 kali manakala perkataan BULAN diulang sebanyak 12 kali. Ini secara puratanya menjadikan bilangan hari dalam sebulan menjadi 30. Satu lagi fakta menyatakan bahawa BULAN mengambil masa 29.53 hari untuk melengkapkan pusingan pada paksinya dan melalui 4 peringkat bentuk iaitu bulan sabit, separuh penuh (2 kali) dan bulan penuh. Maka, penetapan 7 hari dalam seminggu adalah dengan mengambil kira fakta peredaran bumi dan bulan iaitu:
Bumi:          365 hari /12 bulan
= 30 hari / 4 musim
= 7.61 hari
Bulan:         29.53 hari / 4 bentuk bulan
= 7.39 hari
7 hari dalam seminggu:
  1. Ahad
  2. Isnin
  3. Selasa
  4. Rabu
  5. Khamis
  6. Jumaat
  7. Sabtu
Dari fakta ini juga kita mendapati secara kasar jumlah minggu dalam setahun (365 hari) adalah  52 minggu (5 + 2 = 7).
Satu lagi kaitan unik yang saya temui adalah dari Kitab Ad-Durr an-Nadhin karya Al-Yafi yang menyebut bahawa; di dalam Ummul Quran (surah al-Fatihah) yang mengadungi 7 ayat, terdapat semua huruf-huruf  (arab) KECUALI 7 huruf iaitu fa , jim, shin, tha, thaw, kha  dan zay.
Al-Yafi berkata: setiap huruf  ini mewakili  7 hari dalam seminggu, malah setiap satunya memiliki penghulunya (malaikat) yang tersendiri yang mempunyai nama gelaran masing-masing iaitu:
‘Kha’ untuk hari Ahad
dan penghulunya adalah Malaikat Rawfa’il
Nama khasnya:  Khabir
‘Shin’ untuk hari Isnin
dan penghulunya adalah Malaikat Jibr’il
Nama khasnya:  Shakir
‘Zay’ untuk hari Selasa
dan penghulunya adalah Malaikat  Samsama’il
Nama khasnya:  Zaki
‘thaw’ untuk hari Rabu
dan penghulunya adalah Malaikat  Mika’il
Nama khasnya:  Tahir
‘Tha’ untuk hari Khamis
dan penghulunya adalah Malaikat  Sirfaya’il
Nama khasnya:  Thabit
‘Jim’ untuk hari Jumaat
dan penghulunya adalah Malaikat ‘Anya’il
Nama khasnya:  Jabbar
‘Fa’ untuk hari Sabtu
dan penghulunya adalah Malaikat  ‘Azra’il
Nama khasnya:  Fatir.
Terdapat beberapa lagi kod metamatik perihal Rahsia 7 yang terdapat di dalam Al-Quran antaranya:
  1. Jumlah perkataan AL-DUNYA disebut 115 kali (1+1+5=7) manakala AL-AKHIRAH juga disebut 115 kali (1+1+5=7).
  2. Jumlah perkataan AL-MALAIKAH diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7) manakala AL-SYAYATEEN diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7).
  3. Perkataan LIDAH diulang 25 kali (2+5=7) manakala SUMPAH juga 25 kali (2+5=7)
Wordpress