Friday, November 9, 2012

TIPS MALAM PERTAMA

MALAM PERTAMA. APA YANG DAPAT KITA FAHAMI MELALUI MALAM PERTAMA.PENGALAMAN, KESERASIAN, KEFAHAMAN, TOLERANSI DAN BERMACAM-MACAM LAGI. DISINI SAYA SENARAIKAN BEBERAPA TIPS UNTUK BAGI YANG BARU HENDAK MENEMPUHI MALAM PERTAMA:-

1. Jangan Terburu-buru.
adalah memori yang harus diingati oleh pasangan masing-masing sehingga ke akhir hayat, maka haruslah lakukan dengan penuh kesabaran kerana anda perlu ingat anda masih lagi dalam peringkat saling kenal mengenali antara satu sama lain.


2. Tidur Secukupnya.
Tidurlah secukupnya 3 hari sebelum malam pertama itu kerana ini membekalkan tenaga yang cukup dan janganlah lakukan kerja-kerja yang berat.

3. Jaga Kesihatan.
Jagalah kesihatan anda sebulan sebelum hari malam pertama anda. Ambilah vitamin-vitamin dan jagalah pemakanan anda. Vitamin yang cukup akan membuatkan anda ceria dan dapat mengelakkan anda daripada terkena penyakit. Pada siang hari perkahwinan anda janganlah makan banyak nanti malam kalau sakit perut…rugilah.

4. Pastikan Pasangan Anda betul-betul Bersedia.
Pada malam pertama nanti pastikan pasangan anda betul-betul bersedia dan sekiranya pasangan anda tidak dapat melayani kehendak pada malam pertama anda haruslah faham. Sekiranya terlalu mendesak, keghairahan malam pertama tidak akan dinikmati dan dirasai oleh pasangan masing-masing.

5. Suasana Romantis.
Wujudkan suasana yang romantis di malam pertama. Suami boleh mulakan dengan mengucapkan kata-kata romantis pada pasangannya. Isteri boleh mewujudkan suasana yang romantis dengan boleh mengenakan pakaian yang “daring “.

6. Jangan mengambil ubat.
Janganlah mengambil ubat dengan bertujuan untuk merangsangkan pasangan masing-masing, lakukanlah dengan kesabaran dan penuh kasih sayang.

7. Jaga Kebersihan Diri.
Pastikan mulut dan badan anda tidak berbau. Seeloknya bersihkan diri anda dahulu kemudian pakai wangi-wangian untuk membangkitkan ghairah pasangan. Jangan pula guna wangian yang tidak digemari oleh pasangan anda, kerana ini akan menghilangkan mood untuk bersama.

8. Kurangkan bercakap
Elakkan berbincang hal-hal yang berkaitan dengan kenduri di siang hari dan masalah-masalah yang berlaku sebelumnya. Anda haruslah memberikan fokus dan kurangkan berbual dengan pasangan anda. Sebaiknya gunakan sentuhan, rabaan, ciuman, kucupan dan sebagainya untuk membangkit ghairah pasangan anda.

No comments:

Post a Comment