Thursday, November 22, 2012

Perlumbaan | Pendekar | Bahagia

"Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


Adakalanya kita penat untuk berlari ke garisan penamat. Mungkin kerana daya sudah tiada untuk dikerahkan atau niat dan rasa teramat malas yang semakin menyelubungi jiwa. Ini kerana penamat dalam kehidupan itu masih terlalu jauh untuk dicapai kemuncaknya. Apakah kita mahu kita tersadung di tengah jalan larian kita...masakan tidak. Kita juga adalah pejuang.


“Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj



Perjuangan itu tidak pernah mudah. Perjuangan itu tidak pernah kenal erti payah. Perjuangan itu perlu pengorbanan.


“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Bahagia tidak akan datang dengan mudah. Bahagia datang selepas ujian menimpa. Bak tumbuhnya cendawan selepas hujan.

No comments:

Post a Comment