Friday, November 30, 2012

Peratus Lemak dalam Tubuh

Salam Sejahtera semua.....
Hari ni aku ada hadiri satu jaian pemakanan oleh satu kumpulan pelajar dari UKM pasal pengambilan makanan dan aktiviti harian yang seimbang. Aku dengan rasa rendah diri (awek manis yang datang) buat ujian darah untuk nak periksa kadar kandungan Glukosa, Kolestrol dan Trigliserida. Alhamdulillah semuanya berada pada tahap normal. Barulah aku tahu paras risiko hidap diabetes ialah lebih daripada 5.5 mmol per liter. Manakala utnuk kolestrol mestilah kurang drpd 5.17 mmol per liter. Peratus Lemak Tubuh yang Normal bagi Lelaki ialah: Umur < 30 Tahun : 14 - 20 % | Umur > 30 Tahun : 17 - 23%.

No comments:

Post a Comment