Monday, November 19, 2012

Harimau Malaya: Usah pandang rendah keupayaan pasukan lawan

"Kita perlu serius dan jangan memandang rendah keupayaan mana-mana pasukan. Kalau kita mempamerkan persembahan terbaik (malam esok), InsyaAllah, saya yakin kita akan dapat keputusan positif," katanya selepas dilantik sebagai duta terbaharu jenama minuman isotonik, 100Plus di Wisma FAM.

Safiq merupakan atlet kebangsaan kelima dilantik sebagai duta oleh jenama minuman di bawah syarikat F&N Beverages Marketing Sdn Bhd itu.

Sebelum ini, syarikat berkenaan melantik jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei, penerjun elit negara Pandelela Rinong dan dua pemain bola sepak kebangsaan iaitu penyerang Mohd Safee Mohd Sali dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Safiq berkata kemenangan ke atas Bangladesh yang berada pada ranking ke-171 dunia akan menjadi tonik terbaik kepada skuad Harimau Malaya sebelum turun menentang Singapura pada perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki, 25 Nov ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selepas bertemu Singapura, skuad negara dijadual menentang Laos pada 28 Nov sebelum menutup aksi kumpulan bertemu Indonesia pada 1 Dis. Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

sumber: http://www.stadiumastro.com/Arena/BolaSepakMalaysia/Artikel

No comments:

Post a Comment