Friday, November 23, 2012

Profile Khyril Muhaymeen Zambri

Khyril merupakan seorang pemain muda berbakat yang dimiliki Kedah. Bakatnya mula terserlah ketika bersama pasukan bawah 21 tahun Kedah. Dia mula mendapat tempat bersama kesebelasan utama Kedah pada musim 2005/06. Sejak itu, gandingannya bersama Marlon Alex James mendatangkan gerun kepada lawan. Khyril yang bergandingan bersama Marlon Alex James membawa Kedah muncul selaku juara Liga Super Malaysia, Piala FA Malaysia, dan Piala Malaysia dua musim berturut-turut. Pada musim 2007/08, Khyril dianugerahkan selaku Pemain Tengah Popular.
Khyril juga mewakili Malaysia pada beberapa kejohanan utama. Antaranya Piala Belia Asia 2006 di India dimana Khyril menjadi satu-satunya penjaring Malaysia pada kejohanan tersebut. Khidmatnya kemudian ditagih oleh jurulatih skuad bawah 23 tahun Malaysia, Norizan Bakar pada Sukan Asia 2006.
Pada Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2007, Khyril disenaraikan bersama pasukan utama Malaysia. Pada kejohanan ini jugalah detik pahit terpaksa dilaluinya apabila sepakan penalti yang diambilnya berjaya diselamatkan penjaga gol Singapura Lionel Lewis sekaligus meranapkan harapan Malaysia untuk ke perlawanan akhir. Selepas itu, dia terus menjadi sandaran pada kelayakan Sukan Olimpik 2008 dimana dia menjaringkan gol ketika bertemu Jepun.
Pada kejohanan Pestabola Merdeka 2007, Khyril telah membantu Malaysia menjadi juara setelah menewaskan Myanmar 3-1. Khyril turut mewakili Malaysia pada Sukan Asia Tenggara 2007. Pada kejohanan ini Malaysia gagal membawa pulang pingat dalam acara bola sepak buat kali pertama sejak 1991.
Khyril menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika menentang Pakistan pada 10 Oktober, 2008.

Pencapaian:-
  • Juara Liga Super Malaysia: 2006/07, 2007/08
  • Juara Piala Malaysia: 2007, 2008
  • Juara Piala FA Malaysia: 2006/07, 2007/08
  • Juara Pestabola Merdeka 2007

No comments:

Post a Comment