POKOK SENA - Pemain Felda United, Ahmad Fauzi
Saari yang patah tangan kanan dalam kemalangan di Kilometer 407.5, Lebuh
Raya Utara-Selatan arah Ipoh, dekat Tanjung Malim awal pagi semalam
dijangka berehat untuk tempoh yang agak panjang sebelum beraksi semula.
Ahmad Fauzi berkata, dia akan berehat di rumah keluarganya di Kulim sepanjang tempoh pemulihan.
"Saya belum jumpa doktor untuk rawatan sebab nak hadiri pengkebumian sahabat saya.
"Lepas urusan ini selesai baru saya akan ke hospital dan boleh tahu sehingga bila kecederaan saya dijangka pulih," katanya ketika ditemui Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Lala di sini semalam.
Dalam kemalangan kira-kira pukul 1.40 pagi, kereta jenis BMW dinaiki Fauzi dipercayai terbabas di selekoh sebelum merempuh penghadang lebuh raya sebelum terbakar.
Rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Menurut Ahmad Fauzi, ketika kejadian dia dah sahabatnya dalam perjalanan pulang ke Kedah.

No comments:
Post a Comment