Showing posts with label PESTABOLA MERDEKA 2013. Show all posts
Showing posts with label PESTABOLA MERDEKA 2013. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

RANGKUMAN PESTABOLA DAN PIALA MALAYSIA


MALAYSIA U23 BERJAYA MENEWASKAN MYANMAR U23 DENGAN JARINGAN 2 GOL BERBALAS 0 UNTUK MENJUARAI PESTABOLA MERDEKA YANG KE -41 DI STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN PADA 14 SEPT LEPAS. GOL DIJARINGKAN OLEH ROZAIMI RAHMAN PADA MINIT KE-28 DAN JUNIOR EDSTAL PADA BABAK AKHIR PERLAWANAN MENYENTAP SEMANGAT PEMAIN MUDA MYANMAR.TAHNIAH HARIMAU MUDA.

SEMENTARA ITU, PIALA MALAYSIA 2013 MENYAKSIKAN PASUKAN JUARA 32 KALI SELANGOR TERSINGKIR AWAL DIIRINGI OLEH PASUKAN FELDA UNITED DAN TERENGGANU. KEPUTUSAN PERLAWANAN KELIMA:

ATM 1 - 1 SELANGOR
JOHOR 2 - 2 SIME DARBY
-------------------------------
FELDA 2 - 5 JDT
PKNS 5 - 0 T-TEAM
-------------------------------
PAHANG 3 - 0 N.SEMBILAN
TERENGGANU 1 - 3 KELANTAN
--------------------------------------
PERAK 0 - 1 KEDAH
LIONS XII 1 - 0 SARAWAK
--------------------------------------

Wednesday, September 11, 2013

PESTABOLA MERDEKA MATCH #3 : MALAYSIA 3-0 THAILAND (NARATHIWAT FC)

Walaupun rata-rata pemain yang diturunkan bukan kesebelasan utama skuad Harimau Muda, tetapi kesungguhan dan keazaman yang dipamerkan oleh pemain-pemain ini membuktikan kualiti antara pemain utama dan simpanan adalah sama levelnya bahkan lebih menarik untuk disaksikan. Kurangnya asakan dari pemain Thailand telah dihukum oleh anak buah OKS dengan 3 jaringan tanpa balas. 2 gol dijaringkan oleh 'Neymar Malaysia' Rozaimi Rahman. Namun sentuhan penyudah Rozaimi mesti dipertajamkan lagi. Pertemuan Final Pestabola Merdeka kelak menemukan Malaysia u23 dengan Myanmar U23 pada 14 Sept 2013. AYUHLAH HARIMAU MALAYSIA, AYUH AYUH MALAYSIA....!!!!!!!!

PESTABOLA MERDEKA : PREVIOUS CHAMPIONS

MATCH #3 SCHEDULE : PESTABOLA MERDEKA


PESTABOLA MERDEKA:MALAYSIA 2 -1 MYANMAR

Kebangkitan yang ditunjukkan oleh anak-anak buah Ong Kim Swee membuahkan hasil di babak separuh masa kedua apabila menjaringkan 2 gol melalui Irfan Fazail dan tendangan percuma cantik oleh Wan Zack (kali ni baru masuk...heheheh) Begitu banyak peluang terhidang disia-siakan oleh Wan Zack namun usahanya itu berbaloi dengan jaringan tersebut. Junior Edstal membuktikan sememangnya dia layak menjadi Man Of The Match keranan usaha kerja keras naik turunnya samada skuad negara memperagakan corak serangan dan mengukuh pertahanan. Posisi yang betul pasti membuahkan hasil. Untuk hari ini, diharap pertembungan menarik dapat ditunjukkan oleh Thailand dan Malaysia. Saya pasti OKS akan merehatkan pemain utama dan menurunkan pemain simpanan. Thailand pula perlu elak dari diaibkan Malaysia, sementara Myanmar perlu menang ke atas Singapura sambil mengharapkan Thailand kecundang.

Saturday, September 7, 2013

PESTABOLA MERDEKA '13: MALAYSIA U23 1-0 SINGAPORE U23


PESTABOLA MERDEKA : PLAYER PROFILE : JUNIOR EDSTAL

Junior Edstal dilahirkan di Kota Kinabalu ,Sabah pada 16 September 1991. Bapanya berbangsa Swedish manakala Ibunya rakyat Malaysia. Bermain di posisi Pertahanan Tengah. Memulakan karier bolasepaknya dengan bermain bersama kelab Aldershot Town dari tahun 2004 hingga 2007. Beliau kemudiannya menyertai Farnborough FC dari tahun 2008 hingga 2011. Apabila mencecah usia 19 tahun beliau bersama Slimbridge dan Hatpury Football Academy sehingga mengambil keputusan menyertai pasukan Sarawak FA pada tahun 2012. 

Nama yang didaftarkan di Malaysia ialah Putera Nadher Amarhan tetapi lebih gemar dipanggil Junior Edstal. Nama Edstal menurut beliau merupakan nama Bapanya yang banyak memberikan inspirasi kepadanya. Beliau juga dalam proses menukar nama rasminya kepada 'Junior Edstal'. Selain daripada itu beliau menegaskan bahawasanya beliau beragama kristian. Dengan menukar nama rasminya diharap kekeliruan yang berlaku dapat dijelaskan. Potensi beliau semakin menyerlah apabila berjaya memberi impak kepada pasukan Malaysia U-23 yang berjaya menewaskan Singapore U-23 pada perlawanan pembukaan Pestabola Merdeka 2013.

SEKILAS PESTABOLA MERDEKA

Pestabola Merdeka merupakan sebuah kejohanan bola sepak tahunan yang diadakan dengan tujuan untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Kejohanan ini telah bermula sejak tahun 1957 dan merupakan kejohanan bola sepak yang tertua di Asia. Kali terakhir kejohanan ini dilangsungkan ialah pada tahun 2008. Pasukan bawah-23 Vietnam mengatasi Malaysia dengan penentuan sepakan penalti 6-5. Pasukan senior Malaysia berkongsi kejuaraan dengan pasukan senior Korea Selatan.Fail:Pestabola Merdeka.jpeg