Showing posts with label LigaFAM. Show all posts
Showing posts with label LigaFAM. Show all posts

Monday, June 24, 2013

Liga FAM 2013: Match #18

PBAPP FC 2-0 Tentera Darat
Harimau Muda C 3-0 Kuantan Port
Melaka 2-1 YBU FC
Cebagoo FC 1-7 Pulau Pinang
Kuantan FA 1-2 PB Melayu Kedah

Pulau Pinang yang telah mengesahkan tahta Juara Liga FAM 2013 telah membelasah Cebagoo FC dengan jaringan 7 berbalas 1. Sementara iru Waterboys juga berjaya menundukkan Tentera Darat FC dengan jaringan 2 gol tanpa balas. PB Melayu Kedah mengejutkan Kuantan FA 2-1 manakala Melaka  membenam cabaran Perak YBU FC dengan 2 gol berbalas 1.

1.PENANG FA #51
2.PBAPP FC #35
3.TENTERA DARAT #32
4.HARIMAU MUDA C #31
5.KUANTAN FA #29
6.MELAKA FA #29
7.TUMPAT FA #15
8.KUANTAN PORT FC #14
9.CEBAGOO FC #14
10.PB MELAYU KEDAH #14
11.PERAK YBU FC #10

*Pasukan berhuruf gelap layak ke Liga Perdana 2014

Sunday, May 19, 2013

#Liga FAM'13: Match 13 & 14 Report

19 Mei 2013, Ahad- Telah berlangsung perlawanan ke-13 dan ke-14 bagi Liga FAM. Kita mulakan dengan keputusan seri diantara PB Melayu Kedah yang menerima kunjungan Tumpat FA yang menyaksikan kedua-dua pasukan bersaing hebat dengan masing2 meledak 3 gol untuk keputusan seri di Stadium Mini Jitra. Pasukan PBAPP pula dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Harimau Muda C di Stadium Bandaraya. Sementara itu di Ipoh pula Kuantan Port berjaya mengikat tuan rumah Perak YBU dengan keputusan seri 1-1. Pasukan pilihan Pulau Pinang berjaya meneruskan rentak cemerlang mereka apabila membelasah Tentera darat dengan jaringan 5-2 di Padang Bolasepak Batu Kentomen. Manakala pasukan Kuantan FA berjaya menewaskan pasukan dari negeri dibawah bayu, Cebagoo FC dengan jaringan tipis 1-0. Setakat ini saja laporan saya untuk match ke-13 dan 14 liga FAM. Perlawanan seterusnya ialah pada 26 Mei 2013.
Pulau Pinang v YBU FC (Stadium Bandaraya, 4.45pm)
Harimau Muda C v Kuantan FA (Pdg Wisma FAM, 4.45pm)
Melaka v PBAPP FC (Stadium Hang Tuah, 4.45pm)
Cebagoo FC v PB Melayu Kedah (Komp Sukan UMS, 4.15pm)
Tumpat FA v Tentera Darat (Stad Sultan Muhd IV, 8.45pm)

Sumber: https://www.facebook.com/penangpanthers?hc_location=stream

Wednesday, May 8, 2013

#MATCH 12 REPORT: LIGA FAM 2013

Keputusan Penuh perlawanan LigaFAM 2013 MATCH 12
08 MEI 2013

Melaka FA 2-0 Cebagoo FC
PBAPP FC 2-1 Tumpat FA
Tentera Darat 3-0 YBU FC
• PBM Kedah 0-0 Shahzan Muda
Kuantan FA 3-2 P.Pinang FA


NAMPAKNYA MISI PENANG FA KE LIGA PERDANA MASIH TERTANGGUH. KUANTAN FA BERJAYA MELEBURKAN REKOD TANPA KALAH PENANG FA. TETAPI REKOD TANPA KALAH TUAN RUMAH MASIH ADA.HEHEHE.PERLAWANAN KE-12 NAMPAKNYA PASUKAN TUAN RUMAH MENCAPAI KEMENANGAN KECUALI PBM KEDAH YANG SEKADAR SERI TANPA JARINGAN DENGAN SHAHZAN MUDA. BERIKUT KEDUDUKAN CARTA TERKINI BAGI MATCHDAY #12:-
 sumber: LigaFAM

Sunday, April 21, 2013

Liga FAM 13 : Match #10 Report

Pertarungan Derby antara Pendahulu Liga FAM - Pulau Pinang dengan tangga kedua - PBAPP FC sangat tegang dimana seorang pemain dari kedua-dua pasukan dilayangkan jad merah. Pulau Pinang berjaya memperoleh jaringan kemenangan dari pemain Elias Sulaiman. Dengan kemenangan ini Pulau Pinang terus memimpin carta kedudukan dengan 100% kemenangan bagi round 1 Liga FAM 2013. Pulau Pinang hanya memerlukan 10 mata sahaja lagi untuk mengesahkan kejuaraan Liga FAM milik mereka tahun 2013 dan seterusnya mencapai impian untuk bermain di Liga Perdana 2014.
1) Penang |30pts
2) PBAPP |23pts
3) HMC |18pts
4) TDM |17pts
5) Melaka |14pts
6) *Kuantan |13pts
7) Cebagoo |11pts
8) YBU FC |8pts
9) Tumpat |8pts
10) PBMK |4pts
11) *KPSM |1pts


Wednesday, April 10, 2013

Liga FAM 2013: Match Report #8

sumber: Penang Panthers Supporters Club


Berikut adalah carta terkni Liga FAM 2013 selepas tamat perlawanan ke-8. Dua pasukan dari Pulau Pinang, satu pasukan negeri dan satu pasukan kelab masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lapan perlawanan dan bersaing rapat di kedudukan 1 dan 2 liga. Tiada perubahan yang ketara, dimana pusingan pertama Liga FAM akan tamat pada 21 April 2013. Jaringan terbanyak dimiliki oleh Pulau Pinang yang mnjaringkan 22 gol manakal bols terbanyak pula dari pasukan PB Melayu Kedah.

Monday, April 8, 2013

LIGA FAM 2013 : MATCH #7 - REPORT

Berikut adalah keputusan-keputusan perlawanan Liga FAM 2013. Nampaknya pasukan Pulau Mutiara terus menunjukkan bahawa mereka serius untuk kembali ke Liga Perdana musim depan dengan menumbangkan Harimau Muda C di Stadium Bukit Jalil. Waterboys pula sekadar seri dengan YBU, Melaka pula berjaya menewaskan Kuantan Port dengan jaringan tipismanakal lain-lain pasukan pula hanya berkesudahan dengan seri.


#Harimau Muda C 1-2 Pulau Pinang
#PBAPP FC 1-1 Perak YBU FC
#Melaka 1-0 KPSM
#Cebagoo 0-0 Tumpat
#Kuantan 2-2 Tentera Darat

Dibawah ini ialah kedudukan terkini pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga FAM 2013. Pulau Pinang masih mengungguli kdudukan teratas dengan mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam Liga FAM musim ini. Ternyata kembalinya Merzagua membuktikan bahawa Pulau Pinang masih ada bisanya. Mengekori rapat adalah pasukan yang mendapat jolokan The Waterboys dengan kurang 1 mata. Temapat ketiga pula adalah pasukan Tentera Darat.
CARTA LIGA FAM 2013

1) Penang |21pts
2) PBAPP |20pts

3) TDM |14pts
4) HMC |12pts
5) Cebagoo |11pts
6) Melaka |11pts
7) Kuantan |10pts
8) Tumpat |8pts
9) PBMK |7pts
10) YBU FC |7pts
11) KPSM |-2pts

sUMBER: LIGA FAM

Friday, March 29, 2013

LIGA FAM'13 MATCH REPORT #6

BERIKUT ADALAH CARTA TERKINI LIGA FAM 2013.TERIMA KASIH KEPADA PIHAK facebook.com/LigaFAM KERANA TELAH BERSUSAH PAYAH MENGUPDATE SETIAP KEPUTUSAN PERLAWANAN YANG BERLANGSUNG DALAM LIGA FAM 2013. RESPEK SAMA LU ORANG HEHEHEH. MALAS NAK CAKAP BANYAK JUST TENGOK JE LA CARTA TERKINI TU.

SOURCE: facebook/Liga FAM

Saturday, March 16, 2013

MATCH #5: REPORT

PERLAWANAN TUMPUAN LIGA FAM 2013 PADA 24 MAC 2013 INI. PULAU PINANG FA vs TUMPAT FA. MENURUT RUMOURS, TUMPT FA AKAN DIPERKUATKAN DENGAN 4 PEMAIN PINJAMAN DARI KELANTAN FA. 5 PEMAIN TERSEBUT ADALAH:
Norhadi ubaidillah
K.nanthakumar
Khairul izuan rosli
Haris safwan kamal
Abd aziz ismail

LOKASI PASUKAN LIGA FAM 2013

PETA DIATAS MERUPAKAN LOKASI BAGI PASUKAN-PASUKAN YANG BERTANDING DALAM LIFAM 2013.

LIGA FAM 2013:UPDATE PUSINGAN PERTAMA

CARTA TERKINI LIGA FAM 2013. PASUKAN HARIMAU KUMBANG PULAU PINANG BERMULA GARANG DALAM 4 PERLAWANAN DENGAN MEMENANGI KEEMPAT-EMPAT PERLAWANAN SAMBIL DIKEJAR HEBAT OLEH PASUKAN DI TANGGA KEDUA LIGA IAITU ATM TENTERA DARAT FC KURANG 3 MATA NAMUN KEDUDUKAN PASTI BERUBAH SEKIRANYA PASUKAN PBAPP FC DARI PULAU PINANG YANG DIKENALI SEBAGAI WATERBOYS BERJAYA MENANG DALAM PERLAWANAN KE-4 MEREKA NANTI. NASIB MENIMPA PASUKAN MELAKA MASIH TIDAK BERUBAH DENGAN BELUM LAGI DAPAT MENCARI RENTAK KEMENANGAN. RAMALAN SAYA UNTUK PERJALANAN LIGA SETERUSNYA AKAN DIKUASAI OLEH BEBERAPA PASUKAN ANTARANYA PULAU PINANG, TENTERA DARAT,PBAPP FC PB MELAYU KEDAH.

Monday, November 19, 2012

SENARAI PEMAIN THE PANTHERS 2013

Info terkini dari Muhammad Sidek Karim :

Senarai pemain yang SAH bermain untuk Pulau Pinang bagi musim 2013 :

Goalkeepers :


Hazrol Fazreen [Perlis FA]
Solehin Rodzi [USM FC]
Khairul Izwan [Sime Darby]

Defenders :

Khairan Eroza [Pahang FA]
Sany Mat Isa [Kedah FA]
Ismail Suboh [Johor FC]
Darwira Sazan [USM FC]
Syafiq Safaruddin [USM FC]
Fakhrul Radzi [USM FC]
Fitri Jamaludin [USM FC]
Suhaidi Akmal [Chanthaburi FC]

Midfielders :

Danial Fazly [ATM FA]
Elias Sulaiman [USM FC]
Khairul Anwar [USM FC]
Zharif Hasna [T-Team]
Syafuan Ridhuwan [Johor FC]
Giri Ther [Penang AUCMS]
Hafiz Che Hassan [Piala Presiden Pulau Pinang]
Amir Azahar [PFS]
Hadi [Liga FAP]

Strikers :

Basher Napae [USM FC]
Norizam Salaman [Felda United]
Romdhizat Jamian [Johor MBJB]

Monday, June 25, 2012

PROFIL JUARA LIGA FAM 2012: KL SPA FC


Logo SPAFC

Kelab Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA FC) telah ditubuhkan pada tahun 2005. Dan pada tahun 2010 telah berjaya menyertai Liga FAM. SPA FC merupakan satu-satunya Jabatan Kerajaan yang berjaya memasuki Liga FAM selain Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. SPA FC juga merupakan satu-satunya pasukan dari Putrajaya. SPA mula aktif dengan menyertai Liga Divisyen 2 Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (PBKL) pada tahun 2005. Bermula daripada situ, pelbagai rancangan dan program telah dibuat untuk memantapkan pasukan SPA. Pada tahun 2007, pasukan SPA telah berjaya menaiki Liga Divisyen 1 PBKL. Pada tahun 2009, pasukan SPA telah menyertai pasukan elit di Kuala Lumpur dalam Liga Premier Kuala Lumpur.Kejayaan yang dicapai oleh pasukan adalah menjadi juara pertandingan bola sepak anjuran Kebajikan dan Anggota-Anggota Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) pada tahun 2008. Kejohanan tersebut telah disertai oleh 48 pasukan bola sepak sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Terbaru SPA FC telah menjuarai Liga FAM 2012 pada petang 24hb Jun 2012.
Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati laman fb ini ====> KL SPA FC

Monday, May 28, 2012

Keramat kedua Stadium Bandaraya

Image kredit to : Muhammad Hafizzuddin

Pulau Pinang - 27 Mei 2012. Pasukan Penang AUCMS menerima kunjungan PBAPP FC dalam saingan Liga FAM. Pertembungan lalu memihak kepada PBAPP FC dengan jaringan 2 -1. Namun lain halnya pula pada perlawanan Derby ini. Penang AUCMS menunjukkan bahawasanya mereka masih mempunyai taring dengan membelasah PBAPP FC dengan jaringan 2 - 0. Ini merupakan kemenangan kedua bagi pasukan yang digelar Skuad Harimau Kumbang di stadium keramat mereka, Stadium Bandaraya. KL SPA FC masih mendahului liga dengan 31 mata, Shahzan Muda SC mengikuti ditempat kedua dengan 24 mata dan UITM FC 22 mata. Penang AUCMS dan PBAPP FC berkongsi 18 mata di tempat keempat dan kelima. Tenetra Darat FC 13 mata, Melaka 10 mata, Melodi Jaya 9 dan tempat terakhir PP SDM FC 2 mata.