Showing posts with label PIALAFA'13. Show all posts
Showing posts with label PIALAFA'13. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

PIALA FA'13 : SEMI-FINAL!!!



PIALA FA'13 SUKU AKHIR : KELANTAN dan JDT!!!!

KELANTAN telah membuktikan kehebatan mereka dalam kancah sainganPIALA FA'133 dengan menewaskan SARAWAK 2 - 0 di Kuching, Jaringan dijelmakan oleh Indraputra dan Norfarhan. Kedua-dua gol dijaringkan di separuh masa pertama. Debaran pula berlaku di Shah Alam apabila pasukan pelawat terpaksa kembali dari ketinggalan 1-0 untuk mencapai kemenangan 1-2 di Shah Alam. Walaubagaimanapun agregat adalah 3-3 selepas extra time dan memasuki penentuan penalti. JDT sekali lagi menunjukkan mereka sangat bersedia dalam mengambil sepakan penalti apabila berjaya menewaskan Selangor dengan 2-4. Gurusamy dan Mahali tidak berjaya menjaringkan gol.
********************************************************************************* MOTM hari ini adalah Mothias Conti  (Pahang)  - sebelah petang dan Leonel Nunez (JDT) -sebelah malam.

MATCH REPORT : PIALA FA '13 - SUKU AKHIR

SALAM SEJAHTERA....
Perlawanan petang tadi telah menemukan Sime Darby menentang Pahang yang berkesudahan kemenangan mutlak memihak Pahang dengan jaringan 2 gol dan aggregat perlawanan 2 -0. Separuh masa pertama dilihat kedua-dua pasukan menemui jalan buntu untuk mencipta jaringan dan akhirnya pada minit ke-75 jaringan oleh Mathias Conti dan menjaringkan gol sekali lagi dengan rembatan cantik pada minit ke-80. Manakala Terengganu pula mengatasi Negeri Sembilan dengan 3 - 0.Jaringan oleh Ashaari (m30), Effa Owona (m53) dan (m70 pen.). Agregat Terengganu 6 - 1 Negeri Sembilan.

#################################################################################

Perlawanan malam ini:

GERGASI MERAH VS HARIMAU SELATAN 

NGAP SAYOT VS PAHLAWAN MERAH

Sunday, January 27, 2013

HARIMAU KUMBANG IMPI SUKU AKHIR

PULAU PINANG - Skuad Harimau Kumbang yang melakar kejutan apabila menyingkirkan pendahulu Liga Perdana, PDRM pada pusingan pertama Piala FA berikrar untuk meneruskan aksi cemerlang mereka dalam saingan piala itu pada pusingan kedua.
Pengurus pasukannya, Mohd. Azizudin Mohd. Shariff berkata, bagi tujuan itu, pihaknya telah mengatur perlawanan persahabatan menentang kelab dari Thailand, Songkla FC pada 1 Februari ini sebelum bertemu Terengganu pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Bandaraya.
"Kejayaan melangkah ke pusingan kedua telah membuktikan bahawa kami serius untuk kembali memeriahkan saingan utama bola sepak tempatan setelah hilang sekian lama.
" Bagaimanapun, saya sedar saingan sengit yang bakal dihadapi oleh kami. Jadi, atas faktor itulah, persiapan bersungguh-sungguh perlu dilakukan bagi memastikan sasaran untuk mara ke peringkat suku akhir berjaya dicapai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam aksi di kubu kuat lawan iaitu Stadium Hang Jebat pada Jumaat lalu, skuad kendalian Merzagua Abderrazak bangkit dari ketinggalan untuk menyingkirkan PDRM dengan keputusan 2-1.
Menurut Mohd. Azizudin, sebelum bertemu PDRM, pemainnya melalui beberapa siri perlawanan persahabatan termasuk dengan kelab PSSM Medan, di Indonesia.
"Kami juga akan memulakan kempen Liga FAM pada 17 Februari ini bertemu Kuantan FC dan kembalinya pemain yang pulih dari kecederaan seperti Daniel Fazly yang berpengalaman luas sudah pasti akan menguatkan lagi jentera serangan pasukan.
"Perlawanan pusingan kedua bertemu Terengganu sangat penting kerana mereka merupakan bekas juara Piala FA dan dibarisi ramai pemain hebat," katanya.
Kali terakhir Pulau Pinang menjulang Piala FA ialah pada 2002 dengan menewaskan Perak 1-0 dan ia juga merupakan kejayaan terakhir mereka sebelum mengalami zaman kejatuhan.