Showing posts with label CERITERA. Show all posts
Showing posts with label CERITERA. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Ceritera Halimah Jongang - Part 1

Disatu pagi. Di sebuah stesen bas. Ada seorang makcik ni yang namanya Halimah Jongang. Halimah Jongang ni nak ke Johor sebab anak sulungnya si Hasnah Juling buat kenduri doa selamat. Halimah Jongang pon naiklah bas ekspres yang nak menghala ke Johor. 

Disebabkan perjalanan yang agak jauh dari Perak ke Johor tambahan pula drebar bas ni plak jenis malas nak singgah mana-mana hentian rehat menyebabkan si Halimah Jongang ni rasa tak tahan nak buang air. Dia pon jeling kiri jeling kanan. Ternampaklah olehnya pintu kecemasan. lalu dengan penuh keyakinan dan keselambaan, dibukanya pintu keselamatan tersebut lalu membuang air dengan penuh kenikmatan sampai air kencingnya terpercik kat visor penunggang motor yang sedang merempit di tepi bas ekspres tersebut.

Akibat rasa marah yang meluap-luap, si penunggang tu pun mengejar bas ekspres tersebut dan memotong bas elspres tersebut dan berhenti dihadapan bas ekspres tersebut. Penunggang motor tu pon dengan perasaan marah terus bergegas naik bas ekspres tersebut....

Penunggang Motor: Ni yang aku nak marah sangat kat penumpang bas ni. Nak meludah pon tengoklah dulu sapa yang ada kat belakang bas. Baik mengaku cepat sapa yang meludah tadi. Kalau tak saya amuk satu bas ni!!!!

Halimah Jongang pon terketar-ketar nak bangun sambil mengangkat tangannya....

Penunggang Motor: Ehh...  makcik duduk makcik.Saya tahu bukan makcik yang ludah sebab saya nampak misai dia lebat sangat!!

Serta-merta Halimah Jongang pengsan!

Ceritera Pak Pandir - Part 1



Pak Pandir dan Mak Andeh telah melangsungkan perkahwinannya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, Lebai Malang, bapa mertua si Pak Pandir, mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Pak Pandir dan Mak Andeh pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi  kerana terlewat bangun, almaklumlah malam pertamakan (heheh...), Si Pak Pandir tak sempat bersolat jemaah dengan Lebai Malang. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Mak Andeh. Dia dok asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.

Maka, Lebai Malang pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Pak Pandir pun kelam -kelibut dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam.

Lebai Malang pun menegur menantunya si Pak Pandir tadi, "Hai Dir (nama manja la katakan...) kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Pak Pandir Jawab "eh.. yer ker? tiga rakaat ker? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi."

Mengucap panjang si Lebai Malang "Malang sungguh nasib aku dapat menantu macam ni!!! aduhh.."