عَنْ حُذَيْفَةَ ابْنِ اليَمَانِ رَضِيَ الله عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "إِنَّ
الْمُؤْمِنَ إِذَا لَقِيَ الْمُؤْمِنَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ وَأَخَذَ
بِيَدِهِ فَصَافَحَهُ تَنَاثَرَتْ خَطَايَاهُمَا كَمَا يَتَنَاثَرُ
وَرَقُ الشَّجَرِ". أخرجه الطبراني فى الأوسط (1/84 ، رقم 245 ) وصححه الألباني في "السلسلة الصحيحة" ( 6 / 431 ).
Mafhum:
"Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya
apabila seseorang mukmin berjumpa dengan seorang mukmin yang lain,
kemudian dia memberi salam dan bersalaman dengannya, maka berguguran
dosa-dosa mereka berdua sepertimana bergugurannya daun-daun pokok." (HR
al-Tobrani di dalam al-Awsath, dan di nilai Sahih oleh al-Albani)
Melalui hadith beserta terjemahannya yang diatas dapat kita ketahui bahawa pentingnya kita sebagai seorang muslim menghulurkan salam dan melalui ucapan dan perbuatan akan gugurlah dosa-dosa kecil kita. Bagi dosa besar taubat nasuha adalah kemuncaknya. Ucapan salam itu juga sangat besar maknanya. Kita mendoakan kesejahteraan keatas sahabat kita. Disamping itu salam juga dapat mengeratkan lagi silah ar-rahim antara sesama islam. Jadi, jangan malu untuk mengucapakan salam dan bersalam-salaman dengan sesiapaun yang kita jumpa. Kenal atau tidak itu belakang kira .hehehehe
wassalam.
No comments:
Post a Comment