Thursday, June 5, 2014

THE PROLOGUE: PIALA DUNIA FIFA 2014 BRASIL

Salam Sejahtera buat pengunjung blog yang hidup segan mati tak mahu ni....heheheheh. Dalam beberapa hari saja lagi kita akan disajikan dengan kemeriahan Piala Dunia FIFA 2014 di bumi Brasil. Pasti ramai yang sudah tidak sabar hendak memberi sokongan kepada pasukan kegemaran mereka walaupun pasukan negara sendiri masih terkial-kial nak melayakkan diri ke pertandingan yang berprestij itu... Harap-harap perubahan pucuk pimpinan Presiden FAM dapat merealisasikan sekurang-kurangnya untuk layak ke Piala Asia. Melihat kepada situasi semasa selepas beberapa siri perlawanan persahabatan, kita mungkin dapat meneka beberapa pasukan yang dilihat akan memberi cabaran untuk menjulang Piala Dunia di bumi Brasil. Antara pasukan-pasukan yang dapat saya rasai mampu mencipta peluang ialah:

a) Belgium
b) Sepanyol
c) Argentina
d) Brasil
e) Germany
f) Portugal
g) Uruguay
h) Ivory Coast

Ini sekadar penekaan yang tidak bertauliah daripada saya. Kalau betul 80% daripada senarai ini pun dah kira bagus. Nantikan analisis berkenaan pasukan-pasukan yang bertanding di Piala Dunia FIFA 2014 dalam entri saya yang seterusnya. Sebuah analisis daripada beberapa pakar yang dapat saya kongsikan di entri saya yang seterusnya.

Wassalam....

No comments:

Post a Comment