Saturday, June 28, 2014

PIALA DUNIA 2014 : DEBARAN PUSINGAN KEDUA

BRAZIL 1 - 1 CHILE

Perlawanan yang sangat menarik berjaya dipamerkan oleh kedua-dua pasukan dengan gol Brazil dijaringkan oleh David Luiz minit ke-18 sebelum disamakan oleh Alexis Sanchez minit ke-32. Pada separuh masa pertama dominasi dilihat seimbang diantara kedua-dua pasukan. Memasuki separuh masa kedua pasukan Chile dilihat lebih banyak melakukan serangan ke atas gawang Brazil tetapi berjaya dinafikan dengan gerakan cemerlang Julio Cesar.


Perlawanan yang memasuki masa tambahan bagaimanapun tiada penambahan jaringan dari kedua-dua pasukan. Sepakan penalti menjadi penentu pasukan yang mana akan meneruskan rentak ke suku akhir. Sepakan pemain Chile, Jara yang mengenai tiang gol telah menunjuk Chile jalan keluar dan Super Cesar berjaya menyelamatkan maruah Brazil dengan menyelamatkan 3 sepakan penalti pemain Chile untuk membawa Brazil ke suku akhir.


Berdasarkan statistik, Brazil diramalkan mampu menangani Chile. Dengan 23 shots yang direkodkan berbanding Chile ini menunjukkan kesungguhan Brazil untuk memburu jaringan awal. Kelemahan Brazil adalah mudah hilang bola dengan hanya merekodkan 310 completed passes berbanding Chile 361 completed passes.


COLOMBIA 2 - 0 URUGUAY

Menanti  Brazil pada saingan suku akhir ialah pasukan Colombia yang menyingkirkan Uruguay dengan jaringan 2 - 0 hasil jaringan pemain tengah yang semakin meningkat naik, James Rodriguez. Beliau meledak jaringan pada minit ke - 28 dan minit ke-50 dan kini berada di kedudukan teratas calon pemenang kasut emas dengan 5 gol.

Pertahanan Brazil semestinya merantai pergerakan pemain tengah ini sekiranya tidak mahu berputih mata di saingan suku akhir. Ini kerana peluang yang terhidang pastinya tidak akan disia-siakan oleh pemain ini untuk mencipta jaringan buat pasukan Colombia.

No comments:

Post a Comment