Satu perlawanan yang boleh dianggap ulangan Final Piala Dunia 2010. Ulasan ini hanyalah berdasarkan pendapat saya yang tidaklah sepakar manapun. Melihatkan kepada lineup yang diturunkan oleh kedua-dua belah pasukan, kita dapat melihat kelebihan mungkin berpihak kepada Spain untuk mencapai kemenangan kerana dibarisi pemain-pemain yang berpengalaman. Manakala Netherlands pula membariskan pemain-pemain yang boleh dianggap memiliki kekuatan dari aspek penyerang ( satu faktor yang pastinya tidak mencukupi buat Spain kerana mengharapkan Torres dan Costa). Van Persie sememangnya tidak dinafikan sebagai seorang pemain yang dapat menghidu peluang yang terhidang dengan anggaran tandukan 'pisangnya' membekukan Casillas dan kebijaksanaan Robben mengkucarkacirkan pertahanan Spain untuk merembat menggegar jaring. Dengan bantuan oleh arkitek penggerak bahagian iaitu Sneijder yang mendapat backup oleh De Jong dan Clasie berjaya memalukan Spain di 'laman' sendiri.
Spain pula dilihat mengamalkan corak serangan agresif pada separuh masa pertama dengan kontroversi Costa yang membolehkan Spain mendapat sepakan penalti. Jentera tengah Spain dilihat tidak banyak berfungsi untuk membantu Costa pada separuh masa kedua. Dengan kemasukkan Torres yang lebih memerlukan umpanan bola kepadanya untuk disudahkan nampaknya tidak membuahkan hasil. Iniesta dilihat kurang menonjol di separuh masa kedua. Mungkin persefahaman sangat diperlukan untuk menaikkan semula motivasi Spain pada perlawanan akan datang. Kalau dulu Barcelona itu boleh dianggap sebagai bayangan Spain, namun kali ini ianya tidak.
141201H June 2014
No comments:
Post a Comment