Tuesday, June 17, 2014

REVIEW PIALA DUNIA 2014 : GERMANY vs PORTUGAL

Sekali lagi, Arena Fonte Nova menjadi saksi kemenangan Germany ke atas Portugal dengan jaringan besar 4 gol berbalas 0. Tidak dapat dinafikan kecemerlangan Thomas Mueller yang menjaringkan hatrik disini. Abiliti posisi yang dimiliki oleh Mueller berjaya membuatkan pertahanan Portugal tidak senang berdiri.....Selepas insiden dengan Pepe yang menyebabkan pertahanan Real Madrid itu dibuang padang, Germany sudah selesa mendahului dengan 2 gol. Jaringan Mueller (P) dan Hummels. mueller menjaringkan gol ketiga bagi pihak pasukannya dan 3-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua melihatkan moral pemain Portugal sedikit menurun dan ini memberi peluang kepada Mueller untuk terus beraksi garang dengan merobek jaring dalam jarak dekat. Mueller kini berada di senarai teratas dengan jaringan 3 gol mengatasi Robben dan Neymar.


No comments:

Post a Comment