- Switching
technologies that are gaining prominence: frame relay and cell relay (ATM).
- Point-to-point (e.g. mesh) and multipoint communications (bus) solutions discussed thus far have limitations such as cost and distance.
- An alternative solution to point-to-point and multipoint communications is to use switching.
- A switched network consists of a series of interlinked nodes, called switches .
- A switch is a device connecting multiple communication lines together.
- Switches are hardware and/or software devices capable of creating temporary connections between two or more devices linked to the switch, but not to each other.
- Example : Telephone system. When you place a telephone call, the switching equipment within the telephone system seeks out a physical "copper" path all the way from your telephone to the receiver's telephone, using circuit switching.
- When a call passes
through a switching office (end office, central office, toll office, etc.) a
physical connection is (conceptually) established between the line on which the
call came in and one of the output lines.
- In the early days of
telephony, the connection was made via the operator who plugged in a jumper
cable into the input and output sockets.
- The term switch is a
telephony term for the piece of equipment that handles telephone calls.
- Three main methods of
switching: circuit switching, packet switching,
and message switching .
Wednesday, April 18, 2012
SWITCHING: A NETWORK LAYER FUNCTION
Adab-Adab Menuntut Ilmu
1. IKHLAS NIAT –
Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu
ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara
kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan
menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk
kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya.
Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus
berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan
material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk
mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan
kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di
dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman.
Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin
tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi
semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar
ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk
merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah
:.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu
maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang
berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan
setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar
ikhlas.
2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL - Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya :"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.
3. MENJAUHI MAKSIAT – Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.
4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.
5. BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.
6. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra' yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil".
8. MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.
9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.
sumber:
http://members.tripod.com/~DarulUlum/PF2

50 Fakta Menarik ,Kisah dan Prinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok.
Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu
meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang
Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya
kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi
orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak
dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses
kematangan saya yang membezakannya.SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA
SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa.
TIADA JALAN SINGKAT.
4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang
tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui
jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina)
kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang
faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah
faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya
ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada
pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan,MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN
KUAT BERUSAHA .
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan
ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke
Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak
bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa
rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS,ADA
MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke
bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK
KITA TOLONG ORANG LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK.
Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana
bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada
pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA
TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU
BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang
dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat
fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh
itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh
tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia.
Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab
depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan
pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN
UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran
ini kepada saya tidak mustahak .
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana
orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang
Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada
kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita
perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK
TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya
bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU
KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan
rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah
kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya
memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk
anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG
BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti
tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain
supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya
bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak
tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu
semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak
kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA
POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG .
.
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia
bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak
syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau
RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka
HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri.
Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang
berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN
MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100
juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada
tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG
JAWAB .
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata
orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau
mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau
hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan
tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak
dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi
walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG
LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang
alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama
seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa
kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang
perlukan bantuan
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi
nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR
DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak
kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya
terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG
ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG
ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya
berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh
maju.
34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA
CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA
HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab
ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk
kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang
Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik
dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai
Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional.
Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini
saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara
jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih
akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH
BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH
,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI
KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .
39.TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA
KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya
boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang
boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah
besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar .
Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA
BEKERJA KERAS DAN FOKUS .
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang
walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya
bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT
SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA
NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya
buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu
beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada
segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus
peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak
boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT
LANGSUNG.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal
terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai.
Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI
KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata
kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya
sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya
kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.
50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.
sumber: generasi pejuang bangsa
Friday, April 13, 2012
Review : Witches of East End
Literature for young adults has become such an "it" genre that increasing numbers of big-name authors are trading on their reps to write for younger audiences. Not Melissa de la Cruz. Having won legions of fans with her bestselling Young Adult series "Blue Bloods," she's heading in the opposite direction with "Witches of East End," the first installment in a new series for grownups. This one is definitely not for kids.
Instead of vampires, the main characters are witches. In place of Manhattan, the action unfolds in North Hampton, Long Island, a town that "does not exist on any map, which made locating the small, insular community on the very edge of the Atlantic coast something of a conundrum to outsiders, who were known to wander in by chance only to find it impossible to return; so that the place, with its remarkably empty silver-sand beaches, rolling green fields, and imposing, rambling farmhouses, became more of a half-remembered dream than a memory. Like Brigadoon, it was shrouded in fog and rarely came into view."
Gone are erudite teens in private school; they have been replaced with a slightly older cast of wealthy characters who can fool around in more graphic detail.
Yes, the light, mostly alluded-to sex of "Blue Bloods" flies out the window faster than a broomstick in "Witches of East End," which unleashes all the pent-up sexual energy De la Cruz has held back in her writing for teen readers. In her hands, witches aren't gray-haired women with warty noses and cackling laughs. They're gorgeous objects of desire.
Freya, in particular, seems to "ooze sex from every pore." According to her driver's license, the book's main character is 22, but in reality the petite and curvy blond is barely legal — or even clothed. She never wears undergarments.
Freya has managed to land the town's most eligible bachelor. Bran Gardiner is a globe-trotting philanthropist who, at age 30, is 11 years her senior. But whenever Bran is away, Freya is tempted to stray — with her fiancé's younger brother. A brooding 24-year-old who smokes and rides a Harley, Killian is always game for a ride.
Freya is the youngest in a centuries-old coven known as the Beauchamps. She, along with her mother and virginal librarian sister, have been banned from practicing magic ever since an entity known as the Council confiscated their wands and cauldrons and burned their broomsticks. (The girls' mother has to rebirth her daughters whenever they get into trouble, which explains why Freya is hundreds of years old but has the body and libido of a lingerie model.) When Freya decides to serve up love potions at the bar where she works, it inspires her sister and mother to start practicing magic again as well, but the years they've been forbidden to cast spells or bring back the dead have taken their toll.
The Beauchamps' rusty magic seems to be causing mysterious and bad happenings in the rarefied, sprawling lands of North Hampton, leading the trio to fear they will be persecuted like the suspected witches of Salem, Mass. And that's when this book begins to turn into a bit of a brew. Just as it reaches its climax and North Hampton is going haywire, a whole cast of otherworldly creatures appears. A zombie, a Blue Blood and a warlock all wander into a story that toward the end reads like a crash course in Norse mythology as De la Cruz tries to pull together her plot strings and set up the next book.
The result is a sort of mythological overload, but De la Cruz has, with "Witches," once again managed to enliven and embellish upon history and mythology with a clever interweaving of past and present, both real and imagined. "Witches of East End" isn't a perfect book, but its engaging and racy storyline still casts a spell.
Source:-
Thursday, April 12, 2012
Terbaru di pasaran! : Majalah Al-Ustaz
Dr Hj Zahazan bin Mohamed dan pihaknya dari Telaga Biru sdn bhd telah menerbitkan sebuah naskhah ilmu iaitu majalah Al-Ustaz yang merangkumi segala persoalan dan permasalahan mengenai kehidupan masyarakat islam dalam menjalani ibadah seharian. Menghimpunkan jawapan-jawapan dari ustaz-ustaz hebat yang terpilih yang dengan penuh ikhlas menjawab segala persoalan dan permasalahan yang sering menggagu benak fikiran masyarakat islam di Malaysia. ajalah ini berharga RM09.00. Untuk makluman dan pertanyaan sila rujuk link ini:majalahsolusi.com
Nano dan kaitannya dengan Salahuddin Al-Ayubi
Teknologi Nano
Keistimewaan
Pedang Salahuddin al Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler
dan kumpulannya di Universiti Teknikal Dresden, Jerman apabila mereka
menemui tiub karbon nano (carbon nanotube) di dalam pedang yang
digunakan oleh Salahuddin Al Ayyubi dan tentera-tentera Islam dalam
peperangan Salib.
Tiub
karbon nano inilah yang telah menjadikan pedang-pedang pejuang Islam
sangat istimewa; sangat tajam tetapi mudah lentur. Penemuan ini telah
diterbitkan oleh jurnal Nature (antara jurnal saintifik paling
bepengaruh di dunia) pada tahun 2006. Menurut sejarah, Salahuddinlah
yang telah memimpin pembebasan Tanah Suci ketiga umat Islam daripada
cengkaman Kristian hampir seratus tahun lamanya dalam Perang Salib.
Kunci
kepada teknologi nano pedang mujahidin Islam ini terletak kepada teknik
pembuatannya yang unik. Bijih besi dari India yang dikenali sebagai wootz mengandungi sejumlah peratusan unsur karbon (carbon) yang memberikannya sifat rapuh (brittle).
Apabila
dikenakan suhu yang amat tinggi, sekitar 800c, campuran besi dan karbon
tadi akan ditambah dengan unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt
dan beberapa unsur lain yang telah memberikannya sifat-sifat sebilah
pedang setiawan: tajam lagi lentur.
Sayang
sekali, teknologi ini telah lenyap menginjak kurun ke-18 seiring dengan
kepupusan bijih besi dan unsur-unsur penguat pedang tadi.
Penempa-penempa
pedang ini, biarpun secara tidak sedar, telah meletakkan dua asas
penting kepada permulaan sains bahan moden: pertama, campuran
bahan-bahan kimia pada peratusan yang sesuai dan kedua, teknik
penggunaan haba yang tinggi untuk pembikinan produk. Tentera-tentera
salib terkedu ketika melihat pedang nano pejuang Islam.
Pedang
nano Salahuddin Al Ayyubi yang berwarna kebiru-biruan dengan
larik-larik mengufuk di sepanjang bilahnya telah "mengajar" pedang lebar
tentera Britain kepunyaan Raja Richard I (panglima tentera salib) akan
erti kehebatan teknologi Islam pada zaman itu seperti yang dihikayatkan
oleh Sir Walter Scott di dalam bukunya "The Talisman".
Source: http://scripters.ning.com/forum/topics/kehebatan-pedang-nano-salahuddin-al-ayyubi
Pembebasan Al-Quds
27 Rejab 583 hijrah: Pembebasan Al-Quds oleh Salahuddin Al-Ayyubi
Bumi Al-Quds telah dibebaskan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H bersamaan dengan 2 Oktober 1187 selepas 88 tahun di bawah jajahan tentera Salib. Pembebasan ini dilakukan oleh pihak muslimin di bawah kepimpinan Salahuddin al-Ayyubi, seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh.
Pembebasan bumi Al-Quds ini tercapai setelah tentera Islam bejaya mengalahkan tentera Salib Kristian dalam peperangan Hittin di bawah pimpinan Salahuddin al-Ayyubi. Jumlah tentera Islam ialah 12,000 orang sementara tentera salib 50,000 orang dipimpin oleh Guy of Lusignan dan Raymond III of Tripoli. Jumlah tentera Islam dalam pembebasan Baitul Maqdis pula tidak sampai 12,000 orang sementara pihak tentera salib 60,000 orang.
Peperangan ini dinamakan peperangan Hittin kerana ia berlaku di Kampung Hittin, di kaki Bukit Hittin, yang terletak di antara Tiberias dan An-Nasirah. Akhirnya tentera Salib telah tewas. Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat ditawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan, dalam peperangan ini dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Dalam tempoh dua bulan selepas Salahuddin mencapai kemenangan di Hittin, tentera Islam di bawah kepimpinan Salahuddin mengambil keputusan untuk memasuki bandar dan ibukota Al-Quds. Sebanyak lima puluh buah bandar dan perkampungan yang pernah berada di bawah penjajahan tentera Salib telah berjaya dimerdekakan dalam tempoh yang terlalu singkat. Namun begitu, objektif sebenar yang dijanjikan oleh Salahuddin Al-Ayyubi kepada umat Islam ialah untuk membebaskan Al-Quds (Baitul Maqdis) dari kongkongan musuh-musuh Islam.
Untuk tujuan tersebut Salahuddin meneruskan perjalanannya bersama dengan angkatan tentera ke arah Al-Quds (Baitul Maqdis) dan berjaya mengepungnya selama seminggu sehinggalah pasukan tentera pertahanan kota menyerah diri menyebabkan Salahuddin berjaya memasukinya pada hari Jumaat bersamaan 27 Rejab 583H.
Sebaik sahaja tentera Islam berjaya memasuki Al-Quds, Salahuddin Al-Ayyubi mengambil tindakan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Saiyidina Umar bin Al-Khattab (r.a) semasa kali pertama beliau berjaya memasuki Al-Quds. Beliau membuat perjanjian dengan semua masyarakat yang tinggal di sana seperti penganut agama Kristian supaya menjaga kehidupan mereka, kehormatan mereka dan hartabenda mereka.
Source: http://amanpalestin.net/
Monday, April 9, 2012
Robotic Rings
We've seen robots that fight each other and ones that cover The Beatles,
but what about robots you can wear on your fingers? That's what
researchers at Keio University have dreamed up with a set of robotic
rings that they hope will augment playtime for children as well as
adults. Consisting of two separate eyes and a mouth module, the rings
are designed to mimic the basic expressions of the human face. "When you
wear this robot on your hand, it forms a medium for communication using
the hand," one of the researchers told DigInfo TV.
The researchers feel that its toy-like appearance makes it a good fit
for children, and that by making the device whimsical they hope to take
wearable robotics "beyond the research stage." The rings are currently
controlled remotely with a specialized control box and attached
computer, but the researchers are already planning future iterations
that will be able to sense motion by the wearer — or those nearby — to
fuel articulation without direct control.
By: Bryan Bishop
Source:www.theverge.com
Review:Gearing Commander
"Gearing
Commander is a tool to calculate online the effect
of changing various parts of a motorcycle's drive train."
of changing various parts of a motorcycle's drive train."
Lot's of
motorcycle owners want their bike to behave differently from stock or current
setup at certain speeds or RPM. In that case there are several ways to
achieve that and one of them is changing the gearing. The Gearing Commander can
be used to predict the effect the change will have and thus save you spending
money on the wrong parts !
The most common
changes people make are different
Rear Sprocket, different
Front Sprocket, different
Tire size and different
Chain as a result of sprocket change. Besides these
you could also change the gearbox ratio's and Primary Drive Ratio although that takes
some "major surgery". The Gearing Commander's database stores all
involved gearing specifications for over 400 bikes and uses them to calculate
speeds, RPM's, chain length etc. By selecting your bike and changing the 1 or
more variables you can predict the theoretical outcome without having to spent
money on experiments.
Using the Gearing
Commander you can:
| 1. | See theoretical top speed of your bike in all gears |
| 2. | See effect of sprocket changes on speed at specific RPM |
| 3. | See effect of sprocket changes on RPM at specific speed's |
| 4. | Compare speeds in stock, current and custom setup related to gear and RPM |
| 5. | Compare top speeds in custom setup for 49 sprocket combinations for use on the racetrack |
| 6. | See effect of other rear tire dimensions (for instance wider) on (top) speed and gearing |
| 7. | Calculate Tire circumference for setting of cycle computer |
| 8. | See effect of sprocket changes on sprocket center distance (i.e. rear wheel travel needed to tighten the chain) |
| 9. | Determine the number of links your chain should be to have a big enough adjustment range |
| 10. | Decide on whether to have a smaller front sprocket or to have a bigger rear sprocket |
| 11. | Determine the optimum tooth-links combination to minimize chain and sprocket wear |
| 11. | Calculate changes on the race track without an internet connection using the Stand Alone version! |
| 12. | Turn most result tables into charts and graphs for a more visual effect of the changes |
| 13. | In Shift-Speed graph see results of changing sprockets on Shift-Speeds in all gears & setups (Speed range/gear) |
| 14. | Create custom Final Drive Ratio Chart |
All information provided is based on theoretical calculations in optimal conditions and therefore it will differ from reality. For instance all chain calculation are without taking into account the chain wear and current tension. Also all calculations depend on the M.P.RPM entered but there is no guarantee that your bike will actually reach M.P.RPM. This depends on the power your bike delivers and mainly the wind resistance.
For more detail please surf this link:-gearingcommander.com
Source: http://www.gearingcommander.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)