Sunday, December 19, 2010

Pertahankan diri dari segala godaan....!!!

 3 golongan manusia  dalam menghadapi pertarungan jiwa:

1)       manusia yang ditewaskan oleh hawa nafsu. Dia tunduk kepada dunia dan kekal dengan keduniaan

2)       manusia yang berusaha lawan nafsu. Ada kala menang dan ada kala tewas

3)       manusia yang maksum- para Rasul & nabi


Sendi kekuatan dalam pertarungan jiwa:

þ      Hati

þ      Akal


Tanda-tanda jiwa yang tewas

þ      Dia mudah melakukan kejahatan

þ      Dia dikuasai penyakit was-was


Kubu pertahanan daripada godaan syaitan

1)       Redha dengan apa yang dapat

2)       Selalu ingatkan mati

3)       Yakin bahawa segala kenikmatan adalah sementara

4)       Selalu bersyukur dan takut akan balasan Tuhan

5)       Ambil tahu apa dia hak-hak orang lain

6)       Qanaah

7)       Ikhlas

8)       Yakin bahawa segala yang dimiliki tidak kekal

9)       Tawaduk

10)    Tidak mengharapkan manusia

Tambahan:           

1.        menjaga makan dan minum

2.        selalu tilawah, zikir dan istighfar

3.        tenang dalam segala urusan

What is you know about Muslim?

Sifat- sifat yang mesti ada pada setiap MuslimSaya mestilah:

þ      Muslim dari segi aqidah

þ      Muslim dari segi ibadah

þ      Muslim dari segi akhlak

þ      Muslim dari segi keluarga

þ      Dapat menguasai diri saya

þ      Yakin masa depan Islam yang gemilang

Muslim dari segi aqidah

                Untuk menjadikan aqidah saya benar-benar diiktiraf sebagai aqidah seorang Muslim, saya mestilah:


1)       Yakin bahawa Tuhanlah yang mencipta alam ini


2)       Yakin bahawa alam ini diciptakan dengan tujuan tertentu


3)       Yakin dengan para Rasul


4)       Yakin bahawa matlamat hidup manusia dalamkehidupan di dunia ini ialah untuk mengenal Allah, taat dan mengabdikan diri kepada-Nya


5)       Yakin dengan syurga dan neraka


6)       Yakin bahawa setiap yang baik dan buruk itu berlaku atas kehendak Allah


7)       Yakin bahawa syariat dan undang-undang Allah adalah mutlak- tidak boleh dipertikai


8)       Ambil tahu Asma ul Husna


9)       Berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, bukan berfikir tentang zat Allah


10)    Ambil tahu ayat-ayat Al Quran yang menunjukkan sifat-sifat dan kesempurnaan Allah


11)    Yakin bahawa pendapat para salafus soleh lebih utama untuk diikuti


12)    Mengabdikan diri hanya kepada Allah


13)    Takut semata-mata kepada Allah


14)    Sentiasa berusaha untuk mengingati Allah dalam keadaan diam ataupun bersuara


15)    Mencintai Allah


16)    Bertawakkal dalam segala perkara


17)    Bersyukur


18)    Selalu bertaubat


19)    Sentiasa dalam keadaan bermurakabah terhadap Allah




Muslim dari segi ibadah

                Untuk menjadikan saya seorang Muslim dalam seluruh peribadatan, saya mestilah:


1)       Ihsan dalam beribadah


2)       Khusyuk & serius dalam beribadah


3)       Menghadirkan diri dan hati di hadapan Allah ketika beribadat


4)       Berlumba-lumba dalam beribadah


5)       Usaha atas qiamullail


6)       Usaha atas tilawah Al Quran (terutamanya pada waktu fajar)


7)       Amalkan doa dalam setiap pekerjaan




Muslim dari segi akhlak

                Saya mestilah:


1)       Jauhi perkara haram dan tinggalkan perkara syubhat


2)       Memelihara mata


3)       Memelihara lidah


4)       Malu


5)       Lemah-lembut & sabar


6)       Jujur


7)       Tawaduk


8)       Bersangka baik


9)       Pemurah


10)    Menjadi kudwah hasanah bagi orang lain di mana segala tindak-tanduknya menjadi terjemahan terhadap semua prinsip-prinsip Islam (apabila terpandang dirinya, mendengar percakapannya dan melihat gerak-gerinya, kita akan terus teringatkan Allah dan Islam)




Muslim dari segi keluarga

                Tanggungjawab sebelum berkeluarga:


1)        Perkahwinan saya mestilah kerana Allah


2)       perkhawinan saya bertujuan menjaga dir dan menjaga hubungan dengan Allah


3)       saya mestilah bijak memilih isteri (dan isteri-isteri)


4)       saya mestilah pilih isteri yang beragama


5)       saya mestilah tidak menyanggah mana-mana perkara di atas




Tanggungjawab sesudah berumahtangga:


1)       baik dan mesra terhadap isteri


2)       jalin hubungan dalam segala hal untuk dilakukan bersama-sama, tidak terbatas kepada hubungan syahwat sahaja


3)       jaga hubungan supaya mengikut batas-batas syarak (jangan queen-control)




Tanggungjawab bersama mendidik anak:


1)       anasir pertama yang dapat menjamin terlaksananya tarbiah Islamiah kepada anak-anak ialah dengan melaksanakan perkahwinan mengikut adab-adab perkahwinan yang ditunjukkan Islam. (Anak-anak yang bermasalah biasanya lahir daripada perkahwinan yang tidak mengikut adab-adab Islam seperti tujuan perkahwinan, cara perkahwinan, majlis perkahwinan dan sebagainya)


Ringkasan dari Kitab Apa Ertinya Saya Menganut Islam-Fathi Yakan

Solat Jamak dan Qasar.......

SOLAT JAMAK DAN QASAR
 
Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.
Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
 
SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
 
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

 
SOLAT QASAR
 
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
 
SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
 
Cara Solat Qasar
1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

 
SOLAT  JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;
1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).
2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).
Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.

3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya TakbiratulIhram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.
 
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
 
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.
 
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
 Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

 
Artikel ini di ambil dari laman web:-

Inter Milan Juara Piala Dunia Kelab 2010!!!!

2010/12/20Peluang Benitez ‘serang’ pegawai kelab yang mahu menyingkirnya

ABU DHABI: Inter Milan gah menjulang trofi kejuaraan Piala Kelab Dunia, kelmarin selepas mudah menewaskan TP Mazembe 3-0 dalam perlawanan akhir buat menamatkan rentak garang kelab juara dari Afrika itu.
Juara Eropah itu melonjak mendahului 2-0 dalam tempoh 20 minit pertama sebelum mengesahkan gelaran kelima tahun ini dan kedua untuk jurulatih, Rafael Benitez.
Gol pasukan adalah sumbangan Goran Pandev pada minit ke-12, Samuel Eto’o (m-17) dan Jonathan Biabiany (m-85).

“Ia bukan perlawanan mudah kerana ramai memberi kami tekanan bahawa kami harus bertindak hebat dan menang. Sesetengah pemain bola sepak keletihan,” kata Benitez. “Tapi kami sudah bertekad memberi persembahan terbaik dan kami yakin mampu melakukannya. Kami mahu menang dan kami berjaya dengan sasaran itu.”

Ini gelaran kelab dunia ketiga bagi Inter berikutan kejayaan pada 1964 dan 1965. Koleksi trofi bertambah selepas mereka memenangi gelaran hatrik mengungguli Liga Itali, Piala Itali, Liga Juara-Juara di bawah Jose Mourinho, termasuk Piala Supercup Itali pada awal musim ini.

Kemenangan itu memberi bahan untuk Benitez menyerang pegawai kelab yang sebelum ini membuat spekulasi jawatannya terancam dan majikan mahu menggantinya dengan calon baru.
“Tiada sebarang masalah daripada pihak saya,” kata Benitez. “Saya amat gembira. Saya seorang profesional dan bekerja 100 peratus untuk kelab.

“Saya mahukan sokongan yang belum saya terima lagi setakat ini. Jika kami ada pemain baru saya pasti kelab ini akan bertambah maju.” - AFP

Berita Harian Online
Isnin
20 Disember 2010

Bedak boleh mencegah bakteria???

KEGIATAN riadah membuatkan kita sering berpeluh namun pada masa sama, kita juga terdedah kepada kuman akibat proses perpeluhan.
Peluh biasanya tidak berbau sehingga ia muncul pada permukaan kulit dan bau kurang menyenangkan terhasil disebabkan tindak balas kuman dengan peluh.

Penggunaan produk antibakteria membantu untuk melindungi tubuh daripada bakteria dan kuman memudaratkan. Tetapi masih ramai yang kurang menitikberatkan penggunaan produk sedemikian terutama untuk diamalkan seisi keluarga.

Justeru, terpanggil untuk memberikan pendedahan mengenai kepentingan penggunaan produk perlindungan antibakteria, jenama terkemuka, Aiken menganjurkan pelbagai aktiviti menarik dan menghiburkan kepada umum melalui program Memastikan Keluarga Menjauhi Kuman Setiap Hari.

Melalui program itu, orang ramai diperlihatkan mengenai kepentingan menggunakan produk antibakteria dalam kehidupan harian kerana kuman berada di mana-mana tanpa kita sedari.

Turut diadakan ialah demonstrasi kepentingan amalan mencuci tangan sebelum memasak yang dilakukan chef selebriti, Florence Tan melalui penyediaan salad yang mudah.

Ia menunjukkan betapa mudahnya bakteria dipindahkan melalui tangan kepada makanan yang disediakan. Namun dengan penggunaan sabun tangan cecair berubat Aiken yang memiliki nilai pH yang seimbang, ia boleh membantu melindungi tangan sepanjang hari.

Selain itu, bagi mereka yang dibelenggu masalah kaki dan badan berbau juga boleh menggunakan bedak berubat jenama terbabit yang membantu untuk mengekang penularan bakteria dan kulat pada badan.

Masalah ini biasanya berlaku kepada mereka yang kerap bersenam dan bedak berubat ini berkesan dalam memastikan kaki dan badan sentiasa kering, segar dan tidak berbau.

Sekiranya berada di luar rumah, pengguna boleh menggunakan pembersih tangan tanpa bilas (sanitizer) untuk memastikan kebersihan tangan terpelihara sungguhpun untuk jangka masa yang lama.

Pengurus Pemasaran Unza Malaysia Sdn Bhd, Edward Chen, berkata cara untuk mengelakkan bakteria memudaratkan daripada berkumpul pada badan adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersih serta menggunakan produk antibakteria berkualiti.

"Mungkin tidak ramai mengetahui bahawa permukaan awam seperti troli beli-belah, tangga bergerak, telefon awam dan pemegang tangga dipenuhi bakteria kerana ia digunakan ribuan orang setiap hari. Oleh itu, penting untuk membawa sanitizer dan mendidik keluarga supaya membasuh tangan dengan lebih kerap.

"Sukar untuk menjauhi kuman 100 peratus, tapi menerusi penggunaan produk antibakteria, saya yakin anda sekeluarga akan dilindungi," katanya.

Sabun tangan cecair berubat Aiken boleh diperoleh pada harga RM4.90 untuk botol 250 mililiter dan krim mandian berubat berharga RM13.50 bagi isian 650 mililiter.

Sanitizer yang dimuatkan dalam botol plastik tidak boleh pecah berukuran 50 mililiter boleh diperoleh pada harga RM3.90 manakala RM9.90 untuk isian 150 mililiter.

Bedak berubat Aiken pula berharga antara RM2.90 sehingga RM11.40 untuk saiz antara 75 gram hingga 500 gram.

Semua rangkaian produk perlindungan antibakteria ini didapati di semua pasar raya besar dan farmasi seluruh negara.

myMetro
Isnin
20 Disember 2010

Juara Formula Drift Asia milik Malaysia!!!!!

FORMULA DRIFT ASIA SAMPAI DI PENGHUJUNGNYA DENGAN BERLANGSUNGNYA DI SIRKIT KETIGA IAITU DI MALAYSIA SELEPAS THAILAND DAN SINGAPURA. SIRKIT MALAYSIA TELAH MENOBATKAN DAIGO SAITO DARI JEPUN SEBAGAI JUARA, TEMPAT KEDUA MILIK KOKAE DARI THAILAND DAN PELENGKAP PODIUM MILIK RYUJI MIJI DARI JEPUN. MANAKALA WAKIL MALAYSIA YANG TERBAIK ADALAH SER MING HUI YANG BERAKHIR DALAM ELITE 8. KERETA BELIAU TELAH MENGALAMI MASALAH TEKNIKAL SEMASA BERTARUNG DENGAN RIFAT SUNGKAR.WALAUPUN TENGKU DJAN HANYA SEKADAR BEST 32 DRIVER TETAPI DENGAN KEMENANGAN TEMPAT KE-3 DI THAILAND DAN JUARA DI SINGAPURA TELAH MELETAKKAN TENGKU DJAN SEBAGAI JUARA FORMULA DRIFT ASIA BAGI TAHUN 2010.TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA TENGKU DJAN.MALAYSIA BOLEH!!!!!

mINDA yANG pOSITIF!!!

SALAM DIHULURKAN TANDA RAMAH MESRA ANTARA KITA. APA ITU MINDA POSITIF?  MINDA YANG POSITIF INI BOLEH KITA NYATAKAN JUGA SEBAGAI MINDA 1%. INI KERANA 99% LAGI ADALAH MINDA NEGATIF KITA YANG SELALU SANGAT BERTENTANGAN DENGAN MINDA POSITIF KITA.AGAK NAKAL JUGA MINDA YANG DOMINAN INI(99% TUUUU.....). JADI AGAK MUSTAHILLAH KALAU MINDA YANG NEGATIF INI BOLEH BERUBAH KEPADA 100% TANPA ADA USAHA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAB YANG KETARA DALAM MINDA KITA. KITA HENDAK KERETA MEWAH TAPI KITA HANYA BERANGAN SAHAJA. TAPI TIDAK MAHU BERUSAHA UNTUK MENCAPAI ANGAN-ANGAN KITA TU. MELAYU MUDAH LUPA KATA DR. MAHATHIR.BETUL.TEPAT.SEBAB TU KITA BANYAK SANGAT PRODUK YANG JUAL UNTUK KUATKAN LAGI INGATAN KITA. MALAS? SELALU SANGAT KEISTIMEWAAN INI MENJADI ALASAN UTAMA KITA WALAUPUN KITA TAHU DAN SEDAR ALASAN INILAH PENGANCAM UTAMA KITA UNTUK MENGGAPAI  BINTANG. BERUBAHLAH DEMI MEMENUHI IMPIAN KITA SEMUA YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN LENYAP. PELUANG YANG DATANG KITA NILAI SEADILNYA. MERANCANG DAHULU SEBELUM MELAKUKAN SESUATU KERJA.LU PIKIRLAH SENDIRI!!!!!.WASSALAM............

Score A program

MAHU ANAK PANDAI? PROGRAM E-PENDIDIKAN SCORE A MERUPAKAN SATU PROGRAM ONLINE YANG INTERAKTIF KHUSUS UNTUK MEMBANTU PELAJAR DALAM PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SECARA EFEKTIF DAN MALAH MEMBANTU IBUBAPA MENGESAN KELEMAHAN PELAJAR DENGAN TEPAT PADA BILA-BILA MASA SAJA. SERTA DIMANA JUA!!!! TERBUKTI BERKESAN MEMBANTU PELAJAR MENDAPAT SEMUA A DALAM SEMUA MATAPELAJARAN!!!!!

"KECANTIKAN DAN  KESIHATAN TIDAK BOLEH DIWARISI TETAPI PENDIDIKAN BOLEH DIWARISKAN......."