Friday, June 22, 2012

QPR to play Kelantan, Sabah All Stars next month

English Priemer League (EPL) outfit Queens Park Rangers (QPR) will be holding friendly matches with Kelantan and Sabah next month as part of their Pre-Season Asian Tour.
QPR chief executive officer Philip Beard said the match against Kelantan will be held at the Shah Alam Stadium on July 20 while the game with the Sabah All Stars team was scheduled for July 17 in Kota Kinabalu.
“We will bring up our first eleven players to the matches. Its an honour for QPR to come and play in Malaysia and Indonesia next month. Everyone at the club is extremely excited about the tour.
“We hope it will allow our fans in Asia to watch the team in action. This a massive step for QPR to come and play in Asia and we hope it is the first of many more opportunities to come,” he told a press conference on the QPR Asia Tour Announcement at the Air Asia Academy here, yesterday.

Flying Kiwi seeks top finish in home rally

Sports fans, including those with a passing interest in motorsport, will be hanging out this weekend to see the world's best drivers on dirt fizz around the gravel roads in the north of the North Island.
The Brother Rally New Zealand is round seven of the 13-event FIA World Rally Championship and is back on our shores after a year in Australia. Defending world champion Sebastien Loeb is joined by former world champion Petter Solberg and a host of others after their first title over the three days of the rally.
While it's marvellous to have the best of the best in the WRC here, rally aficionados will be keeping a watchful eye on flying Kiwi Hayden Paddon. The young man from Geraldine became the first New Zealander to win a world rally title when he clinched the Production World Rally Championship last year.
 read more at:-
source: http://www.nzherald.co.nz/sport/news/article.cfm?c_id=4&objectid=10814946

RANKING CHONG WEI TURUN

Akibat tidak menyertai Kejohan Badminton Terbuka minggu lepas, kedudukan terkini ranking memaparkan Lee Chong Wei turun ke nombor dua dunia selepas dipintas oleh Lin Dan. Pemain China itu mengutip mata sebanyak 93,313.4114 manakala Lee Chong Wei pula mengutip mata 91,898.7300. Kedudukan ranking dunia diambil kira untuk kelayakkan Olimpik London kelak. Chen Long dan Chen Jin berada di kedudukan ketiga dan keempat dunia. Kita amat berharap prestasi dan kecederaan Lee Chong Wei akan pulih dan bertenaga semula untuk memenangi emas pertama kontijen Malaysia di Sukan Olimpik London kelak.

Thursday, June 21, 2012

Redha IbuBapa

Ayah dan Ibu merupakan insan yang telah melalui fitrah insani dengan kuasa dan izin daripada Allah S.W.T telah mewujudkan kita dan memberi kita roh unutuk bernyawa di dunia ini.Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra' yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil".

Prediksi Euro 2012 Suku Akhir......

Rep.Czech (1) vs Portugal(3)
Berdasarkan prestasi semasa Euro kelebihan bagi aku berpihak kepada Portugal. Dengan kecemerlangan Ronaldo mengemudi pasukannya dalam perlawanan terakhir, peratusan kemenangan berpihak kepada mereka. Masalah pertahanan menjadi isu utama dalam kem Rep.Czech. Walaupun Petr Cech bertindak bagus sekalipun pertahanan yang mudah goyah dan ini akan memberi kelebihan buat Portugal terutamanya Ronaldo mengkucar-kacirkan pertahanan Rep.Czech dan seterusnya menjaringkan gol.

Germany (2) vs Greece(1)
Menang tipis. Ini kerana kemampuan Greece untuk membuat kejutan tidak boleh dipandang rendah. Dengan corak permainan yang agak agresif, pemain-pemain Germany mesti berhati-hati dengan ancaman tersebut. Mario Gomez pastinya mahu membuktikan sesuautu dengan kehadirannya sebagai pengganti Miroslav Klose kelak. Cuma perlu lebih rajin untuk menyudahkan hantaran bagus dari Mueller, Ozil ataupun Khedira.

Spain (1) vs France (0)
Keupayaan Spain masih diragui walaupun mereka muncul juara kumpulan. Tetapi tidak dinafikan peluang juara bertahan dan juara pila dunia ini untuk menyerlah. Walaupun France tewas pada pusingan terakhir kumpulan kepada Sweden namun jelas dapat kita lihat France seolah-olah bermain-main dengan Sewden (samada mereka tahu yang england akan menang atau tidak itu saya tak pasti). Keupayaan France juga tidak boleh dipandang rendah. Ribery dan Nasri pastinya ingin membuktikan sesuatu dalam kejohanan ini. Torres pula dilihat memerlukan hantaran lebih banyak lagi dari rakan sepasukan untuk menerjah gawang.

England (0) vs Itali (1)
Saya lebih memilih untuk menyatakan Italy akan mengatasi England. Mungkin para penyokong England akan marah pada saya. Berdasarkan prestasi semasa dengan keupayaan Mario Balotelli akan akan dibawa masuk walaupun sebagai pemain simpanan dia pasti akan menjaringkan gol (sikapnya kena ubah!) begitu juga dengan Rooney jangan buat perkara bodoh. Terry telah banyak berusaha dan pastinya bersemangat untuk mengawal benteng pertahanan England dari diterjah oleh Balotelli dan rakan-rakannya.

Semi Final
Portugal vs Spain
Germany vs Italy

Monday, June 11, 2012

7 Kata-kata Hikmat Salahuddin Al Ayubi

1. Saya meminta kekuatan dan Allah telah memberi saya kesulitan untuk membuatkan saya kuat.
2.Saya bertanya tentang kebijaksanaaan dan Allah telah memberi saya masalah untuk diselesaikan.
3.Saya meminta untuk kemakmuran dan Allah memberi saya fakulti dan tenaga untuk bekerja.
4.Saya meminta keberanian dan Allah memberi saya bahaya untuk diatasi.
5.Saya meminta cinta dan Allah memberi saya orang-orang bermasalah untuk dibantu.
6.Saya meminta nikmat dan Allah memberikan saya peluang.
7.Saya tidak minta apa-apa untuk diri saya tetapi saya menerima semua yang saya perlukan.

Balasan Kaum Sejenis

“Wahai Luth! Bukakan pintu ini dan serahkan anak-anak muda itu kepada kami. Kami sangat memerlukan mereka. Buka pintu ini cepat!” Salah seorang daripada mereka terjerit-jerit sambil menendang daun pintu rumah Nabi Luth.
“Wahai Luth! Engkau larang kami dari mendekati anak muda, sebaliknya engkau sendiri menyimpan tiga orang pemuda,” jerit satu suara yang lain.
“Ya Allah, selamatkanlah kami,” doa Nabi Luth sambil memandang ke arah para tetamunya.
“Wahai kaumku! Aku ada anak gadis. Aku bersedia mengahwinkan kamu dengan mereka sekiranya kamu mahu. Tinggalkanlah perlakuan buruk kamu selama ini. Dan janganlah kamu ganggu para tetamu kami ini.”
Nabi Luth tidak henti-henti menasihati kaumnya.
“Ah! Usah hendak bersyarah di sini. Kami ke mari bukan untuk mendengar leteranmu. Kami ke sini untuk bersuka ria.” Suara-suara mereka kian tegas dan semakin tidak terkawal.
“Hai Luth! Engkau sememangnya tahu kami tidak perlu kepada wanita. Tapi kami yakin engkau tahu apa yang kami perlukan sekarang.”
“Baik engkau serahkan mereka kepada kami segera. Kalau tidak kami akan pecah-pecahkan pintu ini.”
Nabi Luth tahu kemungkaran apa yang akan terjadi sekiranya tetamunya jatuh ke tangan mereka yang telah tenggelam dalam perlakuan yang melampaui batas itu. Baginda juga sedar, kalau dipertahankan sekalipun, mereka pasti cuba untuk menceroboh masuk. Kini, apa yang mampu dilakukan oleh Nabi Luth hanyalah berdoa kepada Allah SWT. Hanya kepada Allah sahajalah tumpuan terakhir, tempat baginda berserah diri dan bergantung harap.
Namun baginda dapati suatu keanehan; tiada terbayang walau sedikit pun tanda-tanda kebimbangan pada wajah para pemuda itu. Mereka kelihatan begitu tenang dan bersahaja.
“Wahai Luth! Usah khuatir dengan ugutan mereka,” kata salah seorang daripada pemuda itu. Nabi Luth seakan-akan tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh salah seorang tetamunya. Baginda memandang tepat ke arah pemuda yang bersuara itu. Bunyi ketukan pada pintu bertambah kuat dan keras.
“Wahai Nabi Allah! Sebenarnya kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kami jamin mereka tidak akan dapat mengganggu kamu. Bawalah keluarga dan pengikutmu keluar dari sini di akhir malam ini kecuali isterimu kerana dia termasuk golongan yang derhaka.”
Kini, barulah Nabi Luth sedar bahawa pembalasan dari Allah ke atas sikap keterlaluan kaumnya telah hampir tiba… Tepat ketika seperti yang ditentukan oleh Allah, penglihatan kaum yang derhaka itu ditarik, dan serta-merta segalanya makin kelam, hitam. Setiap mata telah menjadi buta. Akibatnya, keadaan menjadi hingar-bingar dan bercelaru. Masing-masing jadi buntu dan hilang haluan, lantas bertembung antara satu sama lain.
Menjelang Subuh, tatkala Nabi Luth, beberapa keluarga dan pengikutnya sudah berada agak jauh dari sempadan kota Sadum, maka turunlah azab Allah SWT. Allah memerintahkan malaikat memotong kedua-dua belah sempadan bumi warga Sadum itu dengan kedua-dua sayapnya. Kemudian bumi itu dijulang tinggi ke langit dan diterbalikkan bahagian yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas sekuat-kuatnya ke dasar bumi. Hancur berkecailah kota Sadum dan turut terkuburlah sama para pengamal homoseks di perut buminya.
Kemudian kawasan itu dihujani pula oleh batu-batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Dan di dataran itu jugalah akhirnya terbentuknya sebuah lautan. Lautan yang digelar sebagai `Laut Mati`. Ia adalah lambang kebesaran kerajaan Tuhan, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya.

source: http://kisahteladan.info/

Tuan-Tuan semua berada dibawah tapak kaki saya!

Ada sebuah kisah yang berlaku kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani. Dia didatangi oleh pemuka-pemuka kota Baghdad untuk diajak bersama dalam satu majlis ibadah malam secaraberamai-ramai. Dia menolak tetapi pemuka-pemuka tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk dapat berkat, kata mereka. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju untuk hadir.
Pada malam berkenaan, di satu tempat yang terbuka,beratus-ratus orang hadir dengan melakukan ibadah masing-masing.Ada yang bersolat. Ada yang berwirid. Ada yang membaca Quran. Ada yang bermuzakarah. Ada yang bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di satu sudut dan hanya memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.
Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi tazkirah. Dia cuba mengelak tetapi didesak berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat berkat, kata mereka lagi. Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju.
Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek sahaja.Dia berkata:
“Tuan-tuan dan para hadirin sekelian. Tuhan tuan-tuan semua berada di bawah tapak kaki saya.”
Dengan itu, majlis terkejut dan menjadi gempar dan riuh rendah.Para hadirin terasa terhina dan tidak puas hati.Bagaimanakah seorang Syeikh yang dihormati ramai dan terkenal dengan ilmu dan kewarakannya boleh berkata begitu terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina Tuhan. Mereka tidak sanggup Tuhan mereka dihina sampai begitu rupa.
Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu kepada pemerintah. Apabila pemerintah dapat tahu, diarahnya kadhi untuk menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika diadapati bersalah, hendaklah dihukum pancung.
Pada hari pengadilan yang dibuat di khalayak ramai,Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk menjawab tuduhan.
Kadhi bertanya, “Benarkah pada sekian tempat, tarikh dan masa sekian, Tuan Syeikh ada berkata di khalayak ramai bahawa tuhan mereka ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh?”
Dengan tenang Syeikh Abdul Qadir menjawab, “Benar, saya ada kata begitu.”
Kadhi bertanya lagi, “Apakah sebab Tuan Syeikh berkata begitu?”
Jawab Syeikh Abdul Qadir , “Kalau tuan kadhi mahu tahu, silalah lihat tapak kaki saya.”
Maka kadhi pun mengarahkan pegawainya mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk dilihat tapak kakinya. Ternyata ada duit satu dinar yang melekat di tapak kakinya. Kadhi tahu Syeikh Abdul Qadir seorang yang kasyaf.
Fahamlah kadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir mahu mengajar bahawa semua orang yang beribadah pada malam yang berkenaan itu sebenarnya tidak beribadah kerana Tuhan. Tuhan tidak ada dalam ibadah mereka. Hakikatnya, mereka tetap bertuhankan dunia yang duit satu dinar itu menjadi lambang dan simbolnya.
 Kalau di zaman ini pun manusia sudah hilang Tuhan dalam ibadah mereka, apatah lagi di zaman ini. Itu dalam ibadah. Kalau dalam hidup seharian, sudah tentu Tuhan tidak langsung diambil kira.

source: http://kisahteladan.info/

Pengemis Yahudi buta dan Rasulullah S.A.W

Ada seorang pengemis Yahudi buta, setiap hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata, “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.”
 Setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu.Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. Beliau bertanya kepada anaknya, “Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?” Aisyah r.a menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja.” “Apakah itu?” tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w selalu pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana,” kata Aisyah r.a.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?” Abu Bakar r.a menjawab, “Aku orang yang biasa.” “Bukan! engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” jawab si pengemis buta itu. “Apabila dia (Rasulullah s.a.w) datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.” Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a, dia pun menangis dan kemudian berkata, “Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.” Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Sheva the Ukraine Captain Marvel

Andriy Shevchenko is determined to turn the European Championship into a farewell performance to remember, and so far he's putting on quite a show.
Shevchenko one-upped Zlatan Ibrahimovic on Monday in a battle of past and present star strikers, scoring two great headers to give co-host Ukraine a 2-1 win over Sweden in their opening match at Euro 2012.
"I feel that I am 10 years younger today," the 35-year-old Shevchenko said.
Ukraine entered the tournament as massive underdogs to make it to the second round but look to have a real chance of extending their stay past the group stage as France and England drew 1-1 in their game earlier on Monday.
The party in Kiev, at least, is likely to go on for at least another week.
The Olympic Stadium rang out with chants of "Sheva, Sheva" for the last part of the game, and those shouts are likely to reverberate throughout the country for a long time.
After Ibrahimovic had given Sweden the lead in the 52nd minute, Shevchenko responded by heading in the equaliser just three minutes later and then added the winner in the 62nd.

source:http://news.theage.com.au/breaking-news-sport