Seiring dengan pengurusan baru Penang FA yang diambil alih oleh pihak AUCMS, satu laman web milik Penang FA telah menjalani proses penjenamaan semula bagi penstrukturan dan mengemaskinikan semula pengurusan baru Penang FA. Dengan pengambilan muka-muka baru dan bergandingan dengan muka lama diharap Penang FA akan mencapai kejayaan. Berikut adalah ucapan teks dari Timbalan Presiden FAP dan juga sebagai pengendali Laman Web ini:-
Sebagai mengikuti perkembangan dalam pengurusan bolasepak di seluruh
dunia khasnya dan Malaysia amnya, pihak Persatuan Bolasepak Pulau Pinang
– FAP telah mengambil pendekatan yang lebih pro-aktif dalam menyediakan
sebuah laman web yang lebih berinformasi dan interaktif dalam usaha
memantapkan lagi penyebaran maklumat dan komunikasi di antara semua
peminat bolasepak di Negeri Pulau Pinang dan FAP serta pemain-pemain
Penjenamaan ini juga merangkumi kepada fahaman iaitu dengan adanya
satu sistem pengurusan yang di urus baik dan perjalanan liga domestic
yang mantap, akan dapat menghasilkan bakat-bakat muda baru yang dapat di
ketengahkan bagi mengharungi perjuangan bilasepak di Negeri Pulau
Pinang demi mengembalikan kecemerlangan dan kehebatan bolasepak di Pulau
Mutiara ini.Oleh yang demikian, di atas keinsafan ini, FAP telah mengambul inisiatif ini dengan harapan ini akan menjadi salah satu usaha di mana dapat kita mulakan pengkomersialan secara teratur pengurusan dan pentadbiran persatuan dan pasukan bagi menghadapi cabaran bolasepak moden demi maruah dan martabat bolasepak Pulau Pinang kembali ke tahap yang pernah di nikmati satu masa dahulu.
Oleh yang demikian, saya amat menghargai sumbangan daripada semua pihak terutamanya penyokong PANTHERS Penang dalam memberikan cadangan, pendapat dan kritikan membina ke arah mencapai kejayaan usaha dan hasrat ini nanti.
Sumbangan pendapat dan cadangan anda bolehlah di hantar ke email secretary@fa-penang.org atau terus ke r_munir63@yahoo.com buat masa ini dan kita juga akan mewujudkan satu ruangan dalam laman web ini di mana anda juga boleh berinteraksi dengan pihak FAP secara terus.
Sokongan anda amat kami hargai….
HARIA PENANG HARIA !!!
Terima kasih
DATO’ RAJA MUNIR SHAH B. RAJA MUSTAPHA
Timbalan Presiden
merangkap
Pengendali Laman Web
PERSATUAN BOLASEPAK PULAU PINANG
HARIA PENANG HARIA!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment