Sunday, April 8, 2012

Dari Keyboard Penulis....

Salam sejahtera kepada semua follower,
Banyak yang berlaku dalam masa seminggu ni. Dari isu rompakan dan pecah rumah sehinggalah isu arena sukan yang membabitkan FAM. Belom lagi termasuk dengan kejayaan dua anak muda Malaysia kita yang telah mengharumkan nama negara dalam dua kejuaraan berbeza iaitu Kejuaraan CEV Buckler dan Motogp.Kedua-duanya masih muda dan telah mengecapi impian mereka. Semuanya adalah diatas usaha dan komitmen yang tidak berbelah bagi dan sokongan yang diterima sangat kuat. Impian itu satu harapan yang semestinya kalau digilap dengan lebih baik akan menjadi kenyataan. Semuanya bergantung atas diri kita sendiri untuk membawa perubahan dalam hidup. Tidak semua kejayaan itu datang sekelip mata. Adakalanya kita kena bersusah payah dan adakalanya bersenang lenang dengan memijak kepala orang lain.

Selain itu kejayaan Datuk nicol David sememangnya telah dijangka dengan dominasi yang sukar ditandingi oleh mana-mana pemain squash lain. Faktor utamanya ialah PENDEDAHAN AWAL adalah sangat penting dalam membentuk jatidiri dan keyakinan seseorang. Kejayaan yang akan dicapai mungkin akan mengambil jangka masa yang sangat panjang tetapi ia sangat berbaloi buat negara kita kelak. Kelak kibaran Jalur Gemilang akan sentiasa berlegar-legar dipuncal tiang kejayaan. Yang paling penting adalah USAHA,KOMITMEN,DOA dan TAWAKKAL. Dengan izin ALLAH semuanya akan berakhir dengan kebaikan.

Rism@n/09/04/12

No comments:

Post a Comment