Thursday, April 12, 2012

Nano dan kaitannya dengan Salahuddin Al-Ayubi

Teknologi Nano
Keistimewaan Pedang Salahuddin al Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dan kumpulannya di Universiti Teknikal Dresden, Jerman apabila mereka menemui tiub karbon nano (carbon nanotube) di dalam pedang yang digunakan oleh Salahuddin Al Ayyubi dan tentera-tentera Islam dalam peperangan Salib.
Tiub karbon nano inilah yang telah menjadikan pedang-pedang pejuang Islam sangat istimewa; sangat tajam tetapi mudah lentur. Penemuan ini telah diterbitkan oleh jurnal Nature (antara jurnal saintifik paling bepengaruh di dunia) pada tahun 2006. Menurut sejarah, Salahuddinlah yang telah memimpin pembebasan Tanah Suci ketiga umat Islam daripada cengkaman Kristian hampir seratus tahun lamanya dalam Perang Salib.
Kunci kepada teknologi nano pedang mujahidin Islam ini terletak kepada teknik pembuatannya yang unik. Bijih besi dari India yang dikenali sebagai wootz mengandungi sejumlah peratusan unsur karbon (carbon) yang memberikannya sifat rapuh (brittle).
Apabila dikenakan suhu yang amat tinggi, sekitar 800c, campuran besi dan karbon tadi akan ditambah dengan unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt dan beberapa unsur lain yang telah memberikannya sifat-sifat sebilah pedang setiawan: tajam lagi lentur.
Sayang sekali, teknologi ini telah lenyap menginjak kurun ke-18 seiring dengan kepupusan bijih besi dan unsur-unsur penguat pedang tadi.
Penempa-penempa pedang ini, biarpun secara tidak sedar, telah meletakkan dua asas penting kepada permulaan sains bahan moden: pertama, campuran bahan-bahan kimia pada peratusan yang sesuai dan kedua, teknik penggunaan haba yang tinggi untuk pembikinan produk. Tentera-tentera salib terkedu ketika melihat pedang nano pejuang Islam.
Pedang nano Salahuddin Al Ayyubi yang berwarna kebiru-biruan dengan larik-larik mengufuk di sepanjang bilahnya telah "mengajar" pedang lebar tentera Britain kepunyaan Raja Richard I (panglima tentera salib) akan erti kehebatan teknologi Islam pada zaman itu seperti yang dihikayatkan oleh Sir Walter Scott di dalam bukunya "The Talisman".
 
 
Source: http://scripters.ning.com/forum/topics/kehebatan-pedang-nano-salahuddin-al-ayyubi

No comments:

Post a Comment