PERLAWANAN PERTAMA BAGI SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA ADALAH DIANTARA PAHANG "TOK GAJAH" MELAYAN KUNJUNGAN SELANGOR "RED ANTS" PKNS FC YANG BERLANGSUNG PADA 27 SEPT 2013. PERLAWANAN BERKESUDAHAN DENGAN PAHANG MENGATASI PKNS DENGAN JARINGAN 3-2. WALAUBAGAIMANAPUN PAHANG MENERIMA ASAKAN DAN TENTANGAN YANG HEBAT DARI PKNS. NAMUN BEKALAN TIPIS YANG DIBAWA OLEH PAHANG KE STADIUM SHAH ALAM BELUM CUKUP MEMADAI KERANA PKNS FC BUKANLAH LAWAN YANG MUDAH MENYERAH KALAH.
LIONS XII PULA JUGA MENANG TIPIS 1-0 KE ATAS ATM DI STADIUM JALAN BESAR PADA 28 SEPT 2013. ATM MASIH BELUM MAHU MENGANGKAT BENDERA PUTIH. PERTEMBUNGAN INI PASTINYA MAHU DITEBUS DENGAN KEMENANGAN OLEH LIONS XII YANG MENYAKSIKAN MEREKA TEWAS KEPADA LAWAN YANG SAMA PADA SEMI FINAL PIALA MALAYSIA TAHUN LEPAS. JENTERA SERANGAN ATM YANG DIKETUAI OLEH PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 2013 MARLON ALEX JAMES PASTINYA AKAN BERJUANG BERMATI-MATIAN UNTUK MENYINGKIRKAN LIONS XII BUAT KALI KEDUA.
SARAWAK YANG BERKUNJUNG KE SIME DARBY MEMPERLIHATKAN KEDUA-DUA PASUKAN BERMAIN DENGAN BERHATI-HATI. DENGAN KEDUA-DUA PASUKAN GAGAL MENJARINGKAN SEBARANG GOL DAN MENCATATKAN KEPUTUSAN SERI. MUNGKIN INI MEMBERI KELEBIHAN KEPADA SIME DARBY YANG INGIN MENGHUKUM SARAWAK DILAMAN MEREKA SENDIRI ATAU SIME DARBY KELAK AKAN TERJERAT OLEH KERAKUSAN SI BUJANG SENANG.......
JOHOR DARUL TAKZIM YANG MEMBENAM KELANTAN DI STADIUM LARKIN DENGAN JARINGAN 4-2 PASTINYA AKAN MENGGUNAKAN CORAK SERANGAN PANTAS SEPERTI INI. NAMUN KERAPUHAN BENTENG PERTAHANAN JDT MASIH MERAGUKAN. KELANTAN DILIHAT CUBA BANGKIT UNTUK MENYAMAKAN KEDUDUKAN NAMUN SEPAKAN PERCUMA LIONEL NUNEZ MERENTAP SEMANGAT MEREKA. JDT PERLU LEBIH BERHATI-HATI DENGAN AMUKAN SANG PAHLAWAN MERAH DI KOTA BAHRU NANTI.
No comments:
Post a Comment