Thursday, September 5, 2013

OOHHHH!! LIGA BOLASEPAK MALAYSIA....

Jawatankuasa Integriti yang disarankan oleh Meneteri Belia dan Sukan  kpada semua persatuan bolasepak negeri bertujuan untuk mengekang gejala rasuah yang telah mulai menular. Pada saya isu rasuah ini telah lama berakar tunjang dalam struktur permainan bola sepak di malaysia. Kita tidak boleh menyalahkan kemasukan Lions XII adalah punca utama gejala rasuah ini bermula. Bagi saya ianya adalah pencetus gejala ini berjaya menular. Petikan ucapan Khairy :

Khairy yang dilantik meneraju KBS sejak Rabu lepas, berkata 'bookie' bola sepak kini mengalih tumpuan mereka daripada pemain senior kepada pemain baharu, terutamanya dari akademi bola sepak yang ingin menikmati hidup mewah sepertimana pemain yang sudah lama menceburkan diri dalam bola sepak.

"Jadi, kempen kesedaran dalam kalangan pemain muda mestilah bermula daripada sekarang.

"Kita harus memberitahu mereka (pemain muda) bahawa inilah saluran untuk mereka menyampaikan maklumat di samping kita turut memerhatikan mereka supaya tidak didekati atau didampingi oleh 'bookie' daripada terlibat dengan sindiket perjudian (bola sepak)," katanya.

Pada masa yang sama, Khairy turut meminta mereka yang mempunyai maklumat sahih berkenaan kegiatan tersebut supaya tampil memberi maklumat kepada pihak berkuasa bagi membolehkan individu yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan.

"Masalah bookie dan maklumat ini amat ketara sekali kerana pada ketika ini, Jawatankuasa Integriti FAM, SPRM dan PDRM masih lagi bergantung harap kepada sumber pihak ketiga untuk mendapatkan maklumat mengenai kes atur perlawanan bola sepak.

"Walaupun kita boleh melakukan risikan dan tindakan seperti itu, namun tiada apa yang boleh menggantikan bukti yang kukuh (daripada pihak ketiga)... oleh itu, kita harap lebih ramai tampil memberikan maklumat kukuh untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang disyaki terlibat dengan kes atur perlawanan," katanya.

Khairy berkata pemberi maklumat juga tidak perlu bimbang kerana mereka dilindungi oleh beberapa akta termasuklah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Sepatutnya Jawatankuasa Integriti telah ditubuhkan dengan lebih awal. Pada pendapat saya gejala rasuah ini menular dikala pasukan-pasukan yang mengalami masalah kewangan yang meruncing sehinggakan gaji pemain dan staf tidak mampu dibayar. Ini merupakan satu peluang yang sangat baik untuk "bookie" masuk jerat dan pemian yang mengalami masalah kewangan akan terjerat. Hala tuju Jawatankuasa ini mestilah jelas. Jangan asyik nak mencari kesalahan pemain yang berkaitan rasuah  dan mengabaikan punca segala gejala rasuah itu sendiri. Rombak balik semua pentadbiran pasukan bolasepak negeri. Banyak benda yang boleh kita perbaiki untuk menaiktarafkan pasukan bolasepak negeri.  Persatuan bolasepak negeri berfungsi sebagai mentadbir perkembangan bolasepak negeri iaitu merujuk kepada pembangunan akar umbi, memberi bantuan kepada pasukan berstatus kelab untuk berkecimpung dalam senario liga bolasepak malaysia. Pasukan berstatus negeri pula boleh dibentuk untuk bermain dalam Sukma. Pasukan negeri yang bermain dalam Sukma akan mewakili pemain-pemain dari kelab bolasepak. Daripada situ akan wujud satu semangat kesukanan dan juang yang sangat tinggi untuk mengharumkan nama negeri masing-masing. Melalui proses ini ianya akan sama terjadi apabila pemain-pemain yang akan terpilih untuk mewakili Harimau Malaya. Boleh pilih melalui kelab-kelab. Swastakan persatuan bolasepak di malaysia. Dapatkan seberapa banyak sponsor. Ambil contoh pasukan kelab yang beraksi di Liga Jepun semuanya diswastankan dikorporatkan.

Sekian secebis nukilan dari pencinta bolasepak malaysia...

No comments:

Post a Comment