Sunday, May 19, 2013

#Liga FAM'13: Match 13 & 14 Report

19 Mei 2013, Ahad- Telah berlangsung perlawanan ke-13 dan ke-14 bagi Liga FAM. Kita mulakan dengan keputusan seri diantara PB Melayu Kedah yang menerima kunjungan Tumpat FA yang menyaksikan kedua-dua pasukan bersaing hebat dengan masing2 meledak 3 gol untuk keputusan seri di Stadium Mini Jitra. Pasukan PBAPP pula dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Harimau Muda C di Stadium Bandaraya. Sementara itu di Ipoh pula Kuantan Port berjaya mengikat tuan rumah Perak YBU dengan keputusan seri 1-1. Pasukan pilihan Pulau Pinang berjaya meneruskan rentak cemerlang mereka apabila membelasah Tentera darat dengan jaringan 5-2 di Padang Bolasepak Batu Kentomen. Manakala pasukan Kuantan FA berjaya menewaskan pasukan dari negeri dibawah bayu, Cebagoo FC dengan jaringan tipis 1-0. Setakat ini saja laporan saya untuk match ke-13 dan 14 liga FAM. Perlawanan seterusnya ialah pada 26 Mei 2013.
Pulau Pinang v YBU FC (Stadium Bandaraya, 4.45pm)
Harimau Muda C v Kuantan FA (Pdg Wisma FAM, 4.45pm)
Melaka v PBAPP FC (Stadium Hang Tuah, 4.45pm)
Cebagoo FC v PB Melayu Kedah (Komp Sukan UMS, 4.15pm)
Tumpat FA v Tentera Darat (Stad Sultan Muhd IV, 8.45pm)

Sumber: https://www.facebook.com/penangpanthers?hc_location=stream

No comments:

Post a Comment