Tuesday, May 7, 2013

Disaat aku terfikir akan ini.....

Akhirnya tamat juga Pilihanraya Malaysia Ke-13 dimana Barisan Nasional masih lagi diberi 'Peluang' menyambungkan pemerintahan mereka lagi 5 tahun. Kepada pihak Pakatan Rakyat..kalah dan menang adat pertandingan. Kita sebagai umat islam kena banyak redha. Perjuangan mesti diteruskan walaupun ianya memakan masa beribu tahun.
"TERUSKAN PERJUANGAN SAYA SELEPAS SAYA TIADA" TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT...
 Barisan Nasional sepatutnya lebih sedar peratus pengundian rakyat lebih memihak kepada Pakatan Rakyat. Pada 2008 BN mendapat 140 kerusi Parlimen tetapi tahun 2013 ianya telah kehilangan 7 kerusi. Dimana kita lihat PR telah berjaya menambah 7 kerusi semuanya dari DAP. Pihak tertentu kena buat post-mortem lepas ni. Segala kekurangan dan kelebihan mestilah dikaji sedalam-dalamnya samada ianya akan meninggalkan impak atau musibat.

No comments:

Post a Comment